Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Cik Mat anak Palembang,
     Buat ladang tanam padi;
Kalau dah tahu rimau garang,
     Baik duduk tempat yang tinggi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun,
     namun hati tiada senang juga.

Bermaksud :

Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ringan mulut berat punggung.Malas meninggalkan tempat duduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga.Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok.Berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang. melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan (seperti kuda); meromok = duduk meringkuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas