Bertiraikan banir. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertilam pasir. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelambukan gua. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkandilkan bulan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkandilkan bulan. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkotakan (= berkubukan, bernegerikan) betis. | Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang di mata di hati jangan. | Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Musang jebat lari tinggal baunya. | Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |