Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.tu] | تنتو

Definisi : 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), ber­aturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ke­ten­tuannya, tidak mendapat sebarang keputus­an, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.tu] | تنتو

Definisi : 1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ke­tentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal me­nentukan. penentu sesuatu atau sese­orang yg menentukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Puisi
 

Dua negeri sedang berperang,
     Belum tentu saya berjaya;
Berapalah tajam pisau dan parang,
     Tajamlah lagi mulut manusia.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Tidak tentu kalang tumpuan,
     tidak tentu kalang batang.

Bermaksud :

Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.

 

Lihat selanjutnya...(95)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang.Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungai tak tentu gaungnya.Tak tentu asal usulnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tentu si upik si buyungnya.Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tentu hilir mudiknya.Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tentu kepala ekornya.Tak keruan hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tentu hilir mudiknya.Belum ada keputusannya; maksudnya tidak jelas. (Bandingkan dengan: Tidak mengetahui hulu hilirnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak tentu kepala ekor.Terlalu tambun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910

Kembali ke atas