Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang. | Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. tersendeng = tersenget-senget. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersenget-senget bagai katung di bawah reba. | Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |