Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ dapur = batu ~ batu dll yg diletakkan sbg tempat memasak (dapur, keran): dapur minyak sudah meng­gantikan ~ dan kayu api; ~ kera (pelanduk) sarang sj serangga (kiak-kiak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tungku (kata nama)
Bersinonim dengan dapur, keran, anglo, kompor, tempat memasak, ketuhar, perapian, penyalai, pemanas, penunu.,

Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebagai tali berlembar empat, sebagai tungku sejerangan.Suatu perkara yang sudah sempurna hasilnya kerana telah dirundingkan dengan baik sebelum mengerjakannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas