Ulam mencari sambal. | Perempuan yang mencari lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada ulam hendaklah ada sambalnya. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti hulam (ulam) dengan sambal. | Tentang perhubungan lelaki dan perempuan yang sama-sama jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak ulam, pucuk menjulai. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pucuk dicita ulam tiba. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Hendak ulam, pucuk menjulai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak air pancuran terbit. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak ulam, pucuk menjulai, b. Pucuk dicita ulam tiba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bandot tua makan lalap muda. | Lelaki tua beristerikan perempuan muda. bandot = kambing jantan; lalap = ulam, daun muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada laut, ada perampok. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada jarum hendaklah ada benangnya. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |