Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
قرشم ،رواخ )khabar( ربخ نداد عالطا ،نداد ربخ )khabar dādan, eṭṭelā‘ dādan ( هدژم ،شوخ ربخ )khabar-e khosh, mozhde( تسيلانروژ ،راگنربخ )khabarnegār, zhūrnālīst( mentah, kasar pati susu wanita, puan famili, keluarga rumah rumah papan suri rumah banglo timur khabar beritahu, maklumkan khabar baik wartawan raw cream lady family house, home wooden house house wife bungalow east news to inform good news at( تعفنم ،هدياف )farr, shokūh( هوکش ، ّ رف )farār( رارف )farār kardan( ندرک رارف )farāmūsh kardan( ندرک شومارف )fardā( ادرف )farzand [pesar[( )رسپ( دنزرف Parsi ruang kosong jarak pelaku, subjek keluarga tanglung rumah api manfaat, faedah kehebatan, keindahan lari melepaskan diri lupa esok, besok, hari muka anak lelaki Persian space distance subject family lantern light house profit splendour escape to escape

Kembali ke atas