Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[raÖ.yat]/[ra/.yat] | رعيت

Definisi : 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali peng­hulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka bagin­da pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsa­wan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amal­an dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raÖ.yat]/[ra/.yat] | رعيت

Definisi : 1 seluruh penduduk sesebuah negara: ~ Malaysia. 2 orang kebanyakan; orang biasa: balai ~. 3 pasukan perang; bala tentera: Baginda berangkat diiringi seluruh ~, lengkap dgn senjatanya. ~ jelata rakyat biasa. merakyatkan menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. kerakyatan 1 segala sesuatu mengenai rakyat. 2 kewarganegaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,

Puisi
 

Rakyat datang menaiki lancang,
     Lancang hanyut ke Kuala Linggi;
Adik suka mengikut abang,
     Kalau tak abang siapa lagi?


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
īstādan( نداتسيا )īstgāh( هاگتسيا )īstgāh-e polīs( سيلپ هاگتسيا )īshān, ānhā( اهنآ ،ناشيا )īmān( ناميا jari manis anggur dia apogi, puncak , mercu pertama penubuhan protes, bantahan memprotes Iran orang Iran, rakyat Iran berhenti berdiri stesen balai polis mereka iman, kepercayaan ringfinger grape he, she apogee first establishment protest to protest Iran Iranian stop to stand station police station they faith ناميا

Kembali ke atas