desire line | garis tuju | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Garisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan trip antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan jumlah isi padu trafik berkenaan. |
mesopelagic | mesopelagik | Sains Marin | Tiada | Lapisan zon pelagik yang berada di bawah zon epipelagik dan di atas dari zon batipelagik. Zon mesopelagik bermula pada kedalaman 200 m hingga kedalaman 1000 m. Mesopelagik juga dikenali sebagai zon pelagik tengah. Zon ini hanya menerima sedikit cahaya matahari menyebabkan fotositensis tidak belaku. |
origin-destination matrix (OD) | matriks asal destinasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Matriks yang mengandungi trip kenderaan atau trip orang, antara zon-zon asal dengan destinasi. |
abyssopelagic zone | zon abisopelagik | Sains Marin | Tiada | Kawasan atau persekitaran organisma yang hidup di laut pada kedalaman 4000-6000 m dari aras laut. Zon ini berada di bawah zon batipelagik dan di atas dari zon hadopelagik. Zon ini tidak menerima sebarang cahaya matahari dan tidak berlaku proses fotosintesis. Suhunya sangat sejuk, sekitar 2-3 darjah celcius dan nutrien adalah sangat kurang. Di kawasan ini juga, terdapat hidupan yang sangat sedikit dan tidak kekal lama. Zon abisopelagik juga dikenali sebagai zon abis atau jurang, dan berkisar dari 4000 m (13 124 kaki) - 6000 m (19 686 kaki). |
photic zone | zon fotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon paling atas lautan. Zon yang menerima penembusan cahaya matahari yang tinggi dan sebahagian besar proses fotosintesis berlaku di bahagian ini. Zon fotik juga merupakan kediaman bagi sebahagian besar hidupan laut (> 90%). Terdapat pelbagai ekosistem di zon ini seperti ekosistem rumput laut, ekosistem terumbu karang dan sebagainya. |
hadopelagic zone | zon hadopelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma. |
aphotic zone | zon afotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini. |
epipelagic zone | zon epipelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling atas. Bermula di permukaan hingga ke kedalaman 200 m. Zon ini juga dikenali sebagai zon fotik dan menerima keamatan cahaya yang paling tinggi. Aktiviti fotosintesis dan penghasilan primer adalah tinggi dan menyumbang kepada produktiviti lautan secara keseluruhannya. |
free trade zone | zon perdagangan bebas/ zon niaga bebas | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
dead zone | zon mati | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Zon kawasan yang hampir dengan permukaan prob. Zon ini berada dalam medan dekat dan tidak dapat mengesan sebarang pemantulan bunyi. |