Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan; ~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi; berintan berhias intan: cincin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Institut Tadbiran Awam Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj batu permata yg cantik (utk cincin dll): ~ air beras intan yg putih; ~ mentah intan yg belum digosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intan
1. Rujuk permata

2. Rujuk kasih kekasih


Puisi
 

Jangan dibuka ikat ikan,
     Dayang Intan hendak ke perigi;
Hilang ikut permata intan,
     Intan belum terbit lagi.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
     tiada akan hilang cahayanya.

Bermaksud :

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
facetmuka sendi; faset; segi (intan)PerpustakaanTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)PerubatanTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)PerubatanTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)FizikTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)KejuruteraanTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)KimiaTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)GeologiTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
facetmuka sendi; faset; segi (intan)SejarahTiada1. Faset:Permukaan kecil yang licin dan rata di atas jasad keras seperti tulang. 2. Bahagian leper sesuatu hablur.
discoursewacanaKesusasteraanPuisiKeseluruhan tuturan atau ujaran yang merupakan kesatuan fikiran yang lengkap. Pantun di bawah merupakan satu wacana yang lengkap. Pisang emas dari Bentan, Pisang lidi bertanding-tandingan; Hutang emas dibalas intan, Hutang budi tiada bandingan.
nanoindenternanopelekukFizikNanoteknologiPeranti untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji, dan filamen. Pelekuk diperbuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat, dan kuarza.
12

Kembali ke atas