Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Seutas rotan ditarik,
     bergegar hutan belukar;
riuh bunyi kera dan lotong.

Bermaksud :

Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Encke's cometkomet EnckeMatematikTiadaAnggota keluarga komet Musytari yang pertama sekali diketahui, yang mempunyai kala yang paling pendek 3.3 tahun. Nama komet ini mengambil sempena nama J.F. Encke, ahli falak Jerman yang telah membuat kajian lengkap secara teori mengenai gerakannya.
families of asteroidskeluarga asteroidMatematikTiadaKumpulan empat asteroid yang orbitnya sangat serupa dengan orbit Musytari dan mempunyai hubungan yang erat dengannya. Anggota keluarga itu dipercayai berasal daripada satu jasad yang sama yang sudah pecah.
affinal kinsanak semendaSosiologiTiadaPertalian kekeluargaan yang terjalin kerana berkahwin dengan anggota sesebuah keluarga
family takaful planpelan takaful keluargaEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi kematian dan kecacatan anggota badan di samping menyediakan tabungan kepada peserta. Pelan takaful ini boleh disertai oleh individu dan institusi. Pelan takaful untuk individu merupakan tabungan jangka panjang di samping memperoleh perlindungan apabila berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Selain itu, individu akan mendapat pengecualian cukai ke atas caruman dan juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada tabungannya. Pelan takaful untuk institusi pula dikenali sebagai pelan takaful keluarga berkelompok, iaitu sekumpulan individu di bawah kendalian institusi berkenaan akan mendapat manfaat perlindungan yang telah ditentukan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Jangka masa pelan takaful keluarga berkelompok biasanya setahun tetapi boleh diperbaharui apabila tempohnya tamat. Contoh pelan takaful keluarga ialah pelan takaful sihat, pelan takaful wakaf, skim anuiti takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelan takaful gadai janji.
administrative ethicsetika pentadbiranPentadbiranTiada

Amalan yang menjadi pegangan individu atau kumpulan tertentu dalam melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Etika terkandung dalam agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran yang merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat dan menjadi landasan dalam penentuan arah yang memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota pentadbiran bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai pekerja. Etika tersebut akan mewujudkan penyatuan dan penyelarasan antara anggota pentadbiran sebagai institusi utama yang menyumbang kepada pembangunan tamadun masyarakat dan merupakan standard mutlak bagi mendorong mereka berkhidmat dengan bersih, cekap, jujur, amanah, berdisiplin, ikhlas dan berkesan. Di Malaysia, undang-undang dan peraturan ini terkandung dalam Etika Perkhidmatan Awam

Kembali ke atas