Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
learning experience (LX)pengalaman pembelajaran (LX)Teknologi Maklumate-PembelajaranSebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum.
rally Robingiliran RobinPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan murid-murid secara berpasangan dan bergilir memberikan maklum balas tentang suatu perkara secara lisan. Kata Robin merujuk kepada apa-apa sahaja yang berbentuk bulat.
press freedomkebebasan akhbarSains PolitikPolitik PerbandinganKebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah.
social isolationpemencilan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya.
power politicspolitik kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana.
signtandaKesusasteraanTiadaUnit komunikasi yang paling asas. Unit ini berbentuk linguistik (huruf atau perkataan) atau bukan linguistik (baju, gambar, atau apa-apa yang boleh dianggap mempunyai makna). Sesuatu tanda pada hakikatnya tidak mempunyai sebarang makna, melainkan pengguna mengiktirafnya sebagai suatu tanda. Maksud sesuatu tanda perlu dipelajari oleh pengguna dan nilai tanda boleh berubah-ubah. Penanda dan petanda saling berkait. Penanda merujuk kepada kosa kata, manakala petanda merujuk kepada entiti atau idea yang dihubungkannya. Contohnya, perkataan kucing ialah tanda yang mengandungi penanda yang membentuk kata kucing, dan petanda ialah imej mental seekor binatang dalam minda pembaca. Penanda tidak terhad kepada kosa kata sahaja, tetapi juga merangkumi sebarang sistem yang memberi makna termasuklah lukisan, sistem lampu trafik, dan bahasa isyarat. Kritikan semiotik dalam sastera banyak memanfaatkan konsep tanda ini. Tanda dalam bahasa Latin bermaksuk �nota� atau �simbol�.

Kembali ke atas