CD-ROM XA | CD-ROM XA | Teknologi Maklumat | Tiada | Akronim untuk cakera padat-ingatan baca sahaja senibina diperluas. Format CD-ROM yang membolehkan audio/muzik berselang seli atau bergabung dengan data. Dengan perkataan lain, piawaian ini mentakrifkan bagaimana audio, imej dan data disimpan di dalam cakera CD-ROM untuk membenarkan bunyi dan video dicapai pada masa yang sama. Format ini dibangunkan oleh Philips, Sony dan Microsoft. |

programme management | pengurusan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah bagaimana sesuatu program ditadbir, diurus dan dikawalselia supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pelbagai pihak terlibat dalam pengurusan program, bermula daripada pihak perancang, bahagian kewangan, pelaksana dan bahagian pemantauan program. Pengurusan program yang berkesan bukan sahaja dapat mempertingkat kualiti perkhidmatan, malah daya saing dan kemantapan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, pengurusan program sentiasa berhadapan dengan risiko kerugian sekiranya tidak ditangani dan dikawal dengan rapi dan sempurna. |
biographical criticism | kritikan biografi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan |