peak | puncak | Geografi | Tiada | 1. Bahagian runcing atau kemuncak sebuah gunung.,2. Masa kekerapan maksimum pada sebuah laluan kitaran yang bertukar ganti seperti aliran puncak banjir atau sungai. |
mata kekisi | mata kekisi | Kesenian | Tiada | Bahagian runcing kekisi untuk menempatkan peleting. |
cutaway coat | kot bajang berpinggul | Kesenian | Tiada | Jaket rasmi berbutang tunggal dan berlapel runcing. Bahagian pinggulnya menyerong dari garis pinggang tengah hadapan ke paras paha tengah belakang. Biasanya dipadankan bersama-sama weskot dan seluar jalur. Ia juga dikenali sebagai kot pagi. |
hand axe | kapak genggam | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang diperbuat daripada batu bersaiz sederhana dan boleh digenggam. Kapak ini mempunyai dua bahagian, iaitu runcing pada bahagian mata dan leper pada bahagian pemegang. Kapak ini diperbuat daripada batu jenis pebel, kuarzit dan batu api. Kapak ini digunakan untuk merepih, melapah kulit binatang, memecah tulang dan menebang pokok. Kapak ini digunakan oleh masyarakat pada Zaman Paleolitik hingga ke Zaman Neolitik. |
levalois pointed tools | alatan runcing levalois | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat batu berbentuk runcing yang dihasilkan melalui tiga tahap. Tahap pertama, repihan dilakukan di sekeliling bantuan inti. Tahap kedua, repihan dilakukan secara mendatar pada bahagian kiri dan kanan batu sehingga terdapat lurah dan tajam pada bahagian tepi. Tahap ketiga, batu akan dipangkas pada bahagian atas dan mengeluarkan repihan kecil yang berbentuk runcing, kemudiannya, dipangkas sekali lagi di tempat yang sama sehingga menghasilkan repihan berbentuk runcing yang lebih besar dan berlekuk. Bahagian lekuk ini diikat dengan kayu dan dijadikan sebagai pemegang. |
ice pedestal | tonggak ais | Geografi | Tiada | Tonggak ais yang berbentuk runcing di bahagian glasier di mana dua buah krevas bersilang, biasanya bila glasier bertemu dengan cerum curam. |
peplum dolman | dolman peplum | Kesenian | Tiada | Mantel labuh longgar berpeplum, runcing ke bahagian sisi dan berlengan lebar, pakaian wanita awal tahun 1870-an. |
fibre | gentian | Botani | Tiada | Sel sklerenkima yang memanjang dan biasanya berbentuk runcing di bahagian hujung. Dinding selnya tebal dan mengandungi mendapan lignin, lumen sel yang kecil, liang-liang ringkas, kecil dan hampir tidak kelihatan pada dinding sel. Sesetengah gentian mengekalkan protoplasnya. Tetapi bagi kebanyakan gentian, protoplasnya lenyap apabila sel cukup matang. Gentian banyak terdapat dalam korteks, perisikel, floem dan xilem sama ada dalam bentuk tunggal atau kumpulan kecil. Fungsi utama gentian ialah sebagai tisu penguat. |
batang | batang | Keris | Tiada | Bahagian sarung yang terletak di antara sampir dengan buntut. Bahagian ini berbentuk panjang,lurus, dan separuh runcing pada bahagian hujungnya. |
keyhole saw | gergaji lubang kunci | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Gergaji yang bilahnya runcing pada bahagian hujung dan digunakan untuk membuat lubang yang telah digerudi daripada bahagian tengah benda kerja. Gergaji ini boleh juga digunakan untuk memotong bucu atau penjuru bulatan yng kecil |