Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.cun] | براچون

Definisi : ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.cun] | براچون

Definisi : ada racunnya: makanan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poisonousberacunHerbaPemiawaianSifat sesuatu bahan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Contoh pokok herba yang beracun ialah daun kecubung (Datura metel) dan pokok jarak (Jatropha curcas).
musical chairkerusi beracunUmumTiadaSejenis permainan dalam sesebuah majlis atau parti yang memerlukan pemain berjalan mengelilingi kerusi dengan iringan muzik. Pemain yang gagal mendapatkan kerusi disingkirkan daripada permainan ini.
aflatoxinaflatoksinHerbaTiadaBahan beracun yang dihasilkan oleh kulapuk yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan apabila terdedah kepada tanah, semasa pemprosesan dan penstoran yang tidak bersih. Kehadiran aflatoksin dalam bahan herba boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Penentuan kandungan aflatoksin berguna untuk memastikan ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah dan sediaan herba dengan menggunakan kaedah kromatografi. Kebanyakan farmakopeia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan bahawa bahan herba mestilah bebas daripada aflatoksin.
toxintoksinHerbaPemiawaianBahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam badan manusia yang boleh menyebabkan penyakit tertentu. Contoh ekstrak herba yang boleh mengurangkan atau menyingkirkan toksin dalam tubuh ialah ekstrak akueus halia (Zingiber officinale).
fungicidefungisidKesenianHiasan DalamanBahan kimia beracun yang digunakan pada perabot dan kemasan untuk membunuh kulat atau menghalang pertumbuhan kulat.
pollutantpencemarGeografiTiada2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera.
pollutantpencemarFarmasiTiada1. Sesuatu yang mencemarkan.,2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera.
chemical warfarepeperangan kimiaFizikNanoteknologiKeadaan berlawan yang menggunakan bahan kimia atau bahan beracun sebagai senjata. Contohnya, gas mustard dan gas sarin, iaitu bom asap kimia yang digunakan untuk melumpuhkan sistem saraf.
acquired hearing losshilang pendengaran perolehanSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran disebabkan oleh kejadian seperti kemalangan, pendedahan kepada bunyi yang terlampau kuat, atau pendedahan kepada bahan beracun.

Kembali ke atas