strategic leadership | kepemimpinan strategik | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi dalam menjayakan matlamat organisasi untuk berdaya saing. Kepemimpinan strategik menekankan kemampuan pihak pengurusan atasan untuk memotivasikan dan meyakinkan ahli organisasi dalam mendukung wawasan organisasi yang telah ditetapkan. Contohnya, pendekatan strategik pemimpin institusi pengajian tinggi yang mempunyai wawasan untuk meletakkan organisasi mereka setanding dengan universiti tersohor di dunia. Pemimpin tersebut perlu berupaya meyakinkan warga universiti keseluruhannya untuk bersama-sama merealisasikan wawasan tersebut. |
by-product princing | penentuan harga keluaran sampingan | Pentadbiran | Tiada | Strategi penetapan harga bagi keluaran sampingan untuk membuat harga keluaran utama lebih berdaya saing. |
organisation development | pembangunan organisasi | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan perubahan yang sistematik terhadap sikap, nilai dan kepercayaan pekerja serta budaya kerja sebuah organisasi ke arah prestasi yang lebih berdaya saing berteraskan konsep pengurusan dan program yang terancang. Perancangan pembangunan organisasi bermula dengan analisis terperinci tentang keadaan semasa dan keperluan perubahan pada masa akan datang. Tujuan pembangunan organisasi adalah untuk menyesuaikan organisasi dengan keadaan dan perubahan persekitaran luaran yang dinamik agar dapat mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi. Contoh pendekatan pembangunan organisasi adalah melalui perubahan struktur atau proses kerja dalam organisasi yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan motivasi pekerja. |
competence | kebolehcekapan | Pengurusan | Perancangan | Kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugas atau kerja dengan secekap mungkin untuk mencapai tujuan yang diharapkan. Tahap kebolehcekapan dicapai dengan menggembleng pengetahuan, kemahiran dan komitmen tenaga kerja untuk mencapai tahap produktiviti yang berdaya saing. Penilaian kebolehcekapan digunakan dalam pengurusan sumber manusia adalah untuk memilih calon yang berkelayakan bagi mengisi sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat. |
skill development | pembangunan kemahiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha, tindakan atau langkah-langkah kemajuan dan perkembangan yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan kakitangan. Pembangunan kemahiran mencakupi proses pemantapan kendiri untuk melahirkan kakitangan yang berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi dan komited. Dalam konteks ini, pihak atasan berperanan untuk merangka, mereka bentuk, melaksanakan dan mengenal pasti elemen-elemen penting bagi pembangunan kemahiran. Antara elemen-elemen penting yang dimaksudkan ialah pengalaman kerja kakitangan, kemahiran, prestasi kerja, kekananan dan kualiti peribadi. |
staff management | pengurusan kakitangan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah atau cara majikan mengurus dan mentadbir kakitangan dalam organisasi. Kaedah ini merangkumi pelbagai langkah seperti program latihan dan pembangunan sebagai pendedahan ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan kakitangan dan seterusnya melahirkan kakitangan yang berdaya saing, mahir dan kreatif. Corak pengurusan kakitangan yang cekap akan memantapkan lagi pentadbiran organisasi. Biasanya, Bahagian Sumber Manusia merupakan bahagian atau jabatan yang bertanggungjawab membuat pemantauan pengurusan kakitangan. |
corporatization | pengkorporatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau proses pewujudan perbadanan atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan ciri-ciri perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Pengkorporatan mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada kecekapan, keberkesanan, kecemerlangan dan produktiviti yang tinggi. Selain itu, pengkorporatan juga memberikan penekanan kepada budaya yang berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap, berdedikasi, berdisiplin, rajin, profesionalisme, inovatif, berdaya saing, agresif, semangat keusahawanan serta sikap dan nilai-nilai positif untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, pengkorporatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan usaha pihak pemerintah untuk mewujudkan universiti yang maju, mapan dan bertaraf antarabangsa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing. |
environmental adaptation | penyesuaian persekitaran | Pengurusan | Perancangan | Transformasi struktur atau prosedur yang perlu dilakukan oleh organisasi supaya operasinya dapat disesuaikan dengan perubahan persekitaran. Penyesuaian tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pelbagai sumber seperti pelanggan dan pembekal melalui pemantauan persekitaran. Penyesuaian persekitaran perlu bagi membolehkan organisasi kekal relevan dan berdaya saing kerana ada kalanya perubahan tersebut memberikan dampak yang besar kepada operasi organisasi. Contohnya, langkah penyesuaian perlu bagi menghadapi pewartaan undang-undang baharu dalam bidang perniagaan yang diceburi atau penggabungan dua atau lebih syarikat pesaing dalam pasaran yang membentuk sebuah syarikat pesaing yang lebih besar. |
benchmark | penanda aras | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Ukuran tertentu yang menjadi sasaran sebagai tahap yang ingin dicapai oleh individu, organisasi atau negara. Dengan adanya penanda aras ini segala usaha atau kerja akan diarah menuju kepada matlamat yang disasarkan. Penanda aras boleh juga dibuat secara khusus dengan merujuk kepada contoh sesuatu kerja, perkhidmatan atau barangan tertentu. Bahan atau kerja yang dirujuk selalunya berkualiti tinggi dan berdaya saing. Barangan atau khidmat yang ingin dihasilkan akan diusahakan supaya mencapai tingkat yang ditandaraskan. Budaya kerja Jepun dan Korea Selatan telah menjadi tanda aras kepada perkerja Malaysia sejak dari perlancaran Dasar Pandang Ke Timur beberapa dekad lalu. Sinonim ukur rujuk |
reengineering | perekayasaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah penghasilan semula reka bentuk radikal pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Kaedah ini dianggap sebagai suatu rombakan khusus dengan mengadaptasikan sistem dan nilai kerja sektor korporat dalam mempertingkatkan keberkesanan pentadbiran awam. Biasanya perekayasaan menitikberatkan dan menjelaskan pengkhususan fungsian dalam sesebuah organisasi misalnya hal ehwal pengeluaran, perakaunan, pemasaran, dan sebagainya. Kaedah ini diguna pakai oleh majikan dengan hasrat untuk mempertingkatkan keuntungan di samping melahirkan kakitangan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi. |