cession | penyerahan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan dengan hasil keputusan, wilayah tersebut terpaksa dikembalikan seperti penyerahan Sarawak kepada Inggeris oleh kerajaan Brooke. |
beneficiary | waris | insurans | Tiada | Seseorang yang berhak untuk menerima bayaran wang polisi di bawah polisi insurans selain daripada pembeli polisi itu sendiri. |
normal risk | risiko normal | insurans | Tiada | Risiko insurans yang berhak mendapatkan perlindungan insurans mengikut pengunderaitan yang lazim tanpa pengkadaran tambahan atau larangan khas. |
secondary beneficiary | waris sekunder | insurans | Tiada | Waris kedua yang berhak mendapatkan prosid insurans jika waris pertama telah meninggal dunia atau tidak sempat mendapatkan prosid sepenuhnya disebabkan kematian. |
standard risk | risiko standard | insurans | Tiada | Risiko insurans hayat yang berhak mendapatkan perlindungan insurans mengikut penguderaitan standard tanpa pengkadaran tambahan atau larangan khas. |
contingent beneficiary | waris kontingen | insurans | Tiada | Waris sesuatu polisi insurans hayat yang berhak menerima wang polisi apabila insured meninggal dunia dengan syarat waris utama telah mati terlebih dahulu daripada insured. |
deductible | deduktibel | insurans | Tiada | Bahagian kerugian yang perlu ditanggung oleh insured sebelum ia berhak menerima pampasan daripada insurer. Contoh: jika kerugian yang dialami ialah RM150 dan deduktibel ialah RM50, maka syarikat insurans akan membayar hanya RM100 dan jumlah RM50 pertama ditanggung sendiri oleh insured. |
primary beneficiary | waris primer | insurans | Tiada | Waris sesuatu polisi insurans hayat yang pertama berhak mendapat wang polisi apabila insured meninggal. |
democracy | demokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh suara rakyat. Dalam sistem ini, rakyat berhak menentukan pemimpin yang layak untuk memegang kuasa pemerintahan dan pemimpin pula harus peka terhadap kehendak rakyat. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem demokrasi, iaitu demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung. Pada masa kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan dan yang wujud hanya demokrasi tidak langsung atau dikenali sebagai demokrasi berperwakilan. Demokrasi berperwakilan diamalkan dalam dua bentuk yang utama iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan pemerintahan. Rakyat diberi ruang yang cukup luas untuk melibatkan diri dalam proses politik sama ada secara individu atau organisasi. Idealisme demokrasi ini berkembang di negara kota Athens, Greek yang mengamalkan demokrasi langsung seperti yang dipopularkan oleh Socrates. Contohnya, New Zealand merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. |
guaranteed renewable | pembaharuan terjamin | insurans | Tiada | Kontrak yang memberikan hak kepada insurer untuk meneruskan penguatkuasaan polisi insruransnya dengan cara membayar premium mengikut masa yang ditetapkan. Dalam tempoh itu, insurer tidak berhak membuat perubahan kepada peruntukan kontrak berkenaan selain perubahan kadar premium bagi semua insured yang tergolong dalam kelas yang sama. |