Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Keluang keluwi terbang terlentang,
     Singgah sekejap di pokok sirih;
Putus duit boleh berhutang,
     Putus kasih susah nak boleh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
debt pawnbrokinggadaian hutangEkonomiEkonomi IslamHutang yang dijadikan barang gadaian untuk mendapatkan hutang. Contohnya, Ali berhutang sebanyak 100 kg beras dengan Budin. Kemudian, Budin pula ingin berhutang dengan Kamal sebanyak RM100 dan menjadikan 100 kg beras yang dihutang oleh Ali sebagai barang gadaiannya. Amalan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana hutang dianggap berada dalam tanggungan dan tidak boleh diserahkan sebagai barang cagaran. Sesetengah ulama membolehkan amalan ini dengan syarat berlakunya terima serah dokumen dan penguasaannya hendaklah disaksikan oleh saksi tertentu.
settlement of debt by set offpengurangan hutangEkonomiEkonomi IslamLangkah mengurangkan jumlah bayaran balik hutang yang diberi oleh pemberi hutang kepada orang yang berhutang. Pengurangan ini hanya melibatkan potongan keuntungan yang ditetapkan. Langkah ini dilakukan sebagai ihsan oleh pemberi hutang kepada si berhutang sebagai galakan agar si berhutang lebih beriltizam untuk membayar balik hutang seperti dijadualkan.
commutation of debtperinganan hutangEkonomiEkonomi IslamLangkah meringankan bebanan hutang yang ditanggung oleh orang yang berhutang. Tindakan ini dilakukan oleh pemberi hutang atas dasar belas kasihan, pertolongan dan ihsan kepada orang yang berhutang. Langkah yang biasa dilakukan untuk meringankan hutang ialah muqasah, da’ wa ta’jil dan ibra’. Sinonim takfif.
oweberhutangUndang-undangTiadaTiada
pecuniary indebtednesskesusahan kerana berhutangPentadbiranTiadaTiada
rechargeable debtor's accountakaun si berhutang bayar balikEkonomiTiadaTiada
الغارمpenghutangAgama IslamFiqhOrang yang berhutang daripada seseorang dan akan dibayar kembali mengikut masa yang ditetapkan.
المديونpenghutangAgama IslamFiqhOrang yang berhutang sesuatu daripada seseorang.
المفلسmuflisAgama IslamFiqhOrang yang berhutang melebihi hartanya dan tidak mampu membayarnya.
debtor nationnegara penghutangSejarahTiadaNegara yang berhutang dengan negara-negara lain melebihi kadar pelaburan luar negaranya.
1234

Kembali ke atas