Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kua.sa] | برکواس

Definisi : 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berke­mampuan, berkesanggupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kua.sa] | برکواس

Definisi : mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Peribahasa

Digantung tinggi,
     dibuang jauh.

Bermaksud :

Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local planning authoritypihak berkuasa perancangan tempatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah undang-und undang perancangan bandar dan desa yang bertanggung- jawab untuk merancang penggunaan, pemeliharaan dan pemajuan semua tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa berkenaan.
purchase noticenotis beliPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaNotis yang dikemukakan oleh pemilik tanah kepada pihak berkuasa untuk meminta pihak berkuasa berkenaan mengambil langkah membeli tanah kerana tanahnya tidak dapat digunakan dengan berfaedah.
regulatory authoritypihak berkuasa peraturanHerbaPeraturan dan PemasaranBadan yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi menguat kuasa peraturan, merangka dasar, membuat keputusan, dan memberi arahan. Contohnya, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ialah pihak berkuasa bagi Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia.
National Regulatory Authority (NRA)Pihak Berkuasa Kebangsaan (NRA)HerbaPeraturan dan PemasaranAgensi di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk melalui pendaftaran dan pelesenan produk yang merangkumi farmaseutikal, ubat veterinar, ubat tradisional, penokok kesihatan dan bahan mentah farmaseutikal. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kebangsaan ialah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebagai sekretariat.
accreditation authoritypihak berkuasa akreditasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPihak berkuasa yang mengakreditasi penggunaan sistem rangkaian komputer dalam memproses maklumat termasuk maklumat yang sensitif dalam persekitaran yang dibenarkan.
state authoritypihak berkuasa negaraSains PolitikPolitik PerbandinganLihat pihak berkuasa negeri.
local authoritypihak berkuasa tempatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah undang- undang kerajaan tempatan bagi mentadbir dan memberi perkhidmatan bandar dalam kawasan kerajaan tempatan berkenaan.
Drug Control Authority (DCA)Pihak Berkuasa kawalan Dadah (PBKD)HerbaPeraturan dan PemasaranPihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 bagi mengawal selia Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). PKBD hendaklah terdiri daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, dan tujuh orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan.
clinical trial exemption (CTX)pengecualian percubaan klinikal (CTX)HerbaPeraturan dan PemasaranKelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran untuk mengilangkan sebarang produk herba tempatan untuk tujuan percubaan klinikal, walaupun produk tersebut bukan produk berdaftar. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ialah pihak berkuasa yang memberikan pengecualian percubaan klinikal.
certificate of registrationsijil pendaftaranHerbaPeraturan dan PemasaranSijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran produk herba dengan syarat-syarat tertentu. Sijil ini perlu diperbaharui setiap lima tahun. Sijil pendaftaran ini mengandungi maklumat nama pemegang dan nombor pendaftaran produk. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) merupakan pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil pendaftaran bagi produk herba.
12345678910...

Kembali ke atas