die | acuan | Perikanan | Akuakultur | Blok besi dengan dengan reka bentuk berlubang dalam pelbagai saiz yang dipasang di bahagian hujung laras mesin membuat pelet untuk menghasilkan pelet makanan ikan. |
piston pin | cemat omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen berbentuk silinder berlubang yang diperbuat dari- pada keluli dan digunakan untuk mengikat omboh pada rod penyambung. Cemat omboh membenarkan rod penyambung berayun semasa omboh bergerak secara linear. Sinonim cemat sendi. |
valve stem seal | kedap batang injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen bukan logam yang elastik dan berbentuk silinder yang berlubang di tengahnya. Komponen ini dipasang pada batang injap melalui lubang di tengahnya bertujuan untuk mengurangkan kuantiti minyak pelincir yang melekat pada batang injap. Tindakan ini akan mengelakkan minyak pelincir daripada masuk ke dalam kebuk pembakaran. |
grader | penggred | Perikanan | Akuakultur | Alat yang digunakan untuk mengelaskan ikan mengikut saiz tertentu. Alat ini berbentuk seperti jaring yang berlubang dan diperbuat daripada plastik, besi, aluminium atau netlon. Ikan yang tidak dapat melepasi lubang akan dipisahkan daripada ikan yang dapat melepasi lubang. |
package dyeing | pakej mencelup | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses mencelup benang bulu yang telah siap dipintal, kemudian digulung menjadi satu bentuk besar yang berlubang-lubang. Pewarna yang telah dipanaskan akan meresapi keseluruhan benang melalui lubang-lubang tersebut. Benang- benang itu seterusnya dikeringkan, diurai dan ditenun. |
encrusting coral | karang menjalar | Sains Marin | Tiada | Bentuknya seperti kerak, iaitu struktur karang yang menyerupai dasar terumbu dengan permukaan yang kasar dan keras serta berlubang kecil. |
cyanosis | sianosis | Herba | Fitoterapi | Keadaan apabila membran mukus atau kulit elihatan kebiru-biruan akibat kekurangan oksihemoglobin di dalam darah. Sianosis sering kali dialami oleh kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang. |
valve guide | pandu injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lubang yang menempatkan batang injap untuk menggelongsor di dalamnya dan menetapkan injap pada jajaran yang betul. Sebahagian daripada pandu injap ini adalah daripada jenis rod berlubang yang ditekan pada kedudukannya. Pada sesetengah enjin, lubang ini dibentuk terus dalam blok enjin atau kepala silinder. |
bonded urethane cushion | kusyen ikatan uretana | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kusyen karpet yang diperbuat daripada sebatian atau lebihan uretana, yang diambil daripada buih pembuatan bahan uretana yang diproses menjadi biji-bijian untuk membentuk bahan yang berlubang dan dijadikan kepingan kusyen. |
absorption muffler | peredam bunyi penyerapan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat dalam sistem ekzos yang membenarkan gas hasil pembakaran mengalir melaluinya untuk memperlahan hingar ekzos. Hingar ini terjadi daripada luruan gas bertekanan tinggi yang keluar dari kebuk pembakaran sebaik sahaja injap ekzos dibuka. Alat ini terdiri daripada bekas yang mengandungi laluan berlubang dan kebuk yang laluannya bersekat. Sinonim penyenyap, peredam bunyi. |