Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rong.ga] | بروڠݢ

Definisi : berlubang, beruang: batu-bata yg ~; gelang itu ~, tidak padat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rong.ga] | بروڠݢ

Definisi : ada lubangnya; berlubang; berliang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rongga (kata nama)
Bersinonim dengan liang, lubang, ruang, gerong;,
Kata Terbitan : berongga,

Peribahasa

Bagai tabut keling: di luar berkilat di dalam berongga.

Bermaksud :

Baik di luar tetapi jahat hatinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
culmkulmaBuluhTiadaBatang yang mempunyai ruas antara buku, sama ada berongga atau tidak berongga. Contoh spesies buluh yang berongga ialah buluh semantan (Gigantochloa scortechinii) dan spesies buluh yang tidak berongga ialah buluh tumpat (Gigantochloa ligulata).
hallow cathode lamplampu katod beronggaKimiaKimia AnalisisLampu nyahcas gas yang katodnya berbentuk silinder berongga dan diperbuat daripada logam tertentu. Ia memancarkan sinaran tertentu yang berupa garis resonans bagi unsur katod tersebut. Ia digunakan sebagai sumber sinaran dalam spektroskopi penyerapan atom.
fullerenefulerenaFizikNanoteknologiMolekul berongga yang kesemua atomnya terdiri daripada unsur karbon dan mempunyai muka berbentuk heksagon, yang bercantum sehingga membentuk sfera, elipsoid atau tiub. Fulerena asal ialah C60 berbentuk sfera yang dipanggil bola bucky. Selain C60, fulerena C20, C22, C70, C76, C80 dan C84 juga dapat disintesiskan. Nanotiub karbon ialah salah satu contoh fulerena berbentuk silinder dengan kelebaran beberapa nanometer. Molekul ini merupakan sebatian yang sangat stabil terutama terhadap suhu dan sifat mekanik. Lihat juga bola bucky.
synovitissinovitisHerbaFitoterapiKeradangan membran sinovial yang melapisi sendi berongga dan menyebabkan kesakitan apabila sendi itu bengkak atau digerakkan.
air bladerpundi udara; lupa-lupa (ikan)BiologiTiada1. Pundi renang dalam ikan.,2. Pendilatan talus yang berongga dalam bladderwrack.
bamboobuluhBuluhTiadaTumbuhan daripada famili Graminae yang terdapat dengan banyaknya di kawasan Asia Pasifik. Buluh merupakan sejenis rumput yang berkayu, berongga dan mempunyai ruas. Buluh tumbuh secara mendatar atau berumpun. Buluh juga merupakan sejenis tumbuhan yang cepat tumbuh dan mencapai kematangan dalam tempoh tiga tahun.
modulationmodulasiKimiaKimia AnalisisProses perubahan ciri gerakan gelombang terhadap waktu pada frekuensi tetap. Misalnya dalam spektrometer penyerapan atom sumber lampu katod berongga perlu dimodulasi supaya pengesan dapat membezakan sinaran sumber dan sinaran latar belakang.
diaphysisdiafisisSains SukanBiomekanikBahagian tengah atau badan tulang panjang. Bahagian ini terdiri daripada tulang padat yang diselaputi tisu periosteum. Bahagian tengah diafisis merupakan kawasan berongga yang mengandungi tisu adipos untuk menyimpan lemak dan membentuk sumsum kuning. Lihat juga tulang panjang, periosteum.
atomic absorption spectroscopyspektroskopi penyerapan atomKimiaKimia AnalisisKaedah analisis bagi penentuan kuantitatif unsur. Kaedah ini berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung atau cahaya nampak oleh atom dalam keadaan gas. Dalam kaedah ini sampel ditukarkan kepada bentuk wap dengan menyebarkan larutan ke dalam nyalaan. Punca cahaya yang digunakan terdiri daripada lampu katod berongga yang mengandungi unsur itu yang atom unsur ini akan menyerap secara presis pada panjang gelombang yang dipancarkan oleh punca cahaya tersebut.

Kembali ke atas