Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.ring.kat.pe.ring.kat] | برڤريڠکت - ڤريڠکت

Definisi : peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decolonizationpenyahjajahanSains PolitikPolitik PerbandinganPengurangan kuasa dan penghakisan dominasi kuasa penjajah. Proses ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan meliputi segenap aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks politik, proses ini dapat dilihat apabila pihak penjajah mula memberi peluang dan melatih anak tempatan dalam bidang pentadbiran serta melantik mereka untuk mengetuai jabatan atau memikul tanggungjawab tertentu dalam penggubalan dasar. Dalam konteks sosial pula, dasar sosial yang dahulunya berasaskan kepada nilai penjajah digantikan dengan nilai tempatan. Demikian juga halnya dalam aspek ekonomi, kuasa ekonomi tempatan secara berperingkat mengambil alih pengurusan dan ekuiti modal ekonomi yang dahulunya dikuasai penjajah. Contohnya, pemerintah Malaysia selepas mencapai kemerdekaan melakukan penyahjajahan dalam segenap aspek politik, ekonomi dan sosial bagi mengurangkan dominasi British di negara ini.
stage theoryteori peringkatPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan pertumbuhan ekonomi yang menunjukkan bahawa pembangunan wilayah pada dasarnya merupakan proses perubahan berperingkat-peringkat.
solubilization chromatograpykromatografi keterlarutanKimiaKimia AnalisisTeknik pemisahan sebatian bukan logam. Teknik ini dilakukan dengan mengelusikan zat terlarut daripada turus resin menggunakan air dan kemudian ditambahkan komposisi pelarut organik ke dalamnya secara berperingkat-peringkat.
assembly linebarisan pemasanganEkonomiTiadaSistem pemasangan barangan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut pengkhususan kerja. Pekerja di setiap peringkat menjalankan tugas masing-masing dan kemudian menyalurkan barang tersebut ke peringkat berikutnya sehingga barang tersebut sampai ke peringkat yang terakhir.

Kembali ke atas