Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ha.ja] | برسهاج

Definisi : , bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ha.ja] | برسهاج

Definisi : dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plain stylegaya bersahajaKesusasteraanPuisiLihat gaya Iugas.
puisi lagupuisi laguKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan dengan gaya dan amanat yang bersahaja, tidak berlebih-lebihan dan mudah dihayati oleh khalayak. Contohnya, petikan puisi "Pak Utih (2)" karya Usman Awang di bawah. Pak Utih punya sepuluh cucu Ditimangnya tiap pagi Dinyanyikannya lagu; timang tinggi-tinggi dapur tak berasap bila besar nanti duduk dalam lokap.
idyllkedesaan; idilKesusasteraanPuisiPuisi yang mencitrakan tentang kehidupan masyarakat yang bersuasana kedesaan dengan begitu bersahaja, sederhana, dan tidak melebih-lebihkan sesuatu imej yang dipaparkan. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Senyum Anak Tani" dalam kumpulan Warna Maya. Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga.
associationasosiasiKesusasteraanTiadaPergerakan renungan penyair yang hanyut daripada satu subjek kepada subjek yang lain secara bebas dan bersahaja. Istilah ini berasal daripada bidang falsafah. Contohnya, John Locke (1690) menggunakan istilah ini semasa menampilkan teori tentang perhubungan mental antara objek dengan idea yang mempunyai kaitan dengan objek. Pada abad ke-20, ahli psikoanalisis pula menggunakan asosiasi idea bebas sebagai kaedah menjelajah minda bawah sedar. Idea tentang asosiasi ini menari minat beberapa penyair Inggeris pada awal abad ke-19 seperti Wordsworth dan Coloridge yang menghasilkan banyak puisi bual. Puisi bual ini merupakan kajian terhadap asosiasi yang wujud dalam minda manusia. Pada abad ke-20, asosiasi berperanan membentuk novel aliran kesedaran yang bersifat asosiatif dari segi bentuk dan struktur naratifnya. Contoh karya yang terkenalialah To The Lighthouse (1927) oleh Virginia Woolf, Stasium oleh Putu Wijaya dan Ziarah oleh Iwan Simatupang. Asosiasi berasal daripada bahasa Latin yang bererti �berkongsi atau bersekutu�. Lihat juga aliran kesedaran, imaginasi.
cynicalsinisKesusasteraanPuisiGaya pengucapan penyair untuk melahirkan unsur mengejek, mencemuh, memalukan atau mempersenda sesuatu atau seseorang. Walaupun unsur tersebut disampaikan dalam suasana bersahaja atau tersenyum, namun apabila dibacakan, kesannya kepada khalayak cukup ketara. Contohnya, puisi "Pak Kaduk Kembali ke Gelanggang" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya A. Wahab Ali.
burlesqueburleskKesusasteraanPuisiKarya seni yang mengandungi unsur-unsur lucu, atau mencitrakan sesuatu secara berlebih-lebihan.Tujuannya untuk mempermainkan sesuatu yang serius tetapi disampaikan dengan bersahaja manakala sesuatu yang biasa pula diungkapkan dengan begitu hebat dan kasar.
plain stylegaya lugasKesusasteraanPuisiCara penciptaan yang sederhana, dalam mengungkapkan pemikiran. Contohnya, dalam Pengantin Laut rangkap pertama puisi "Musim Bah" karya J.M. Aziz di bawah. Sinonim gaya bersahaja. Tahun menjelang musim berubah kelam langit mengandungi hujan angin dan ombak bergelora lautan maka berlakulah bah.
folk talecerita rakyatKesusasteraanTiadaCerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik.
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�.

Kembali ke atas