Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.dia] | برسديا

Definisi : 1. bersiap (utk melakukan sesuatu, menanti, dll): ~ utk menghadapi musuh; 2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri: ia sedang ~ utk berangkat; 3. rela dan sanggup: ~ menolong orang miskin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.dia] | برسديا

Definisi : 1 ber­siap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. 2 sanggup dan rela berbuat sesuatu: Kami ~ menolong saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,

Peribahasa

Buruk dibuang dengan rundingan,
     baik ditarik dengan muafakat.

Bermaksud :

Tiap-tiap kejadian buruk dapat diselesaikan bila kedua belah pihak bersedia untuk berunding atau bermesyuarat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vigilancekewaspadaanPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga.
vigilancekewaspadaanPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga.
excitationpengujaanSains SukanBiomekanikProses apabila sel berada dalam keadaan depolarisasi dan bersedia untuk menjana potensi aksi. Lihat juga potensi aksi.
matured gonadgonad matangPerikananAkuakulturKeadaan apabila gonad betina atau jantan yang telah mencapai tahap matang dan bersedia untuk pembiakan.
age at sexual maturityumur kematangan seksPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat umur bagi haiwan jantan atau betina yang sudah bersedia dan mampu untuk membiak. Umur kematangan seks setiap haiwan berbeza-beza mengikut jenis dan baka. Umur ini mungkin dicapai melalui dorongan tumbesaran atau pertukaran fizikal lain yang boleh membezakan haiwan matang dengan tidak matang. Contohnya, umur kematangan seks lembu betina ialah 9 - 22 bulan manakala lembu jantan 9 - 10 bulan.
matured broodstockstok pembiak baka matangPerikananAkuakulturCalon induk ikan jantan dan betina yang terpilih dan telah mencapai tahap kematangan serta bersedia untuk mengawan atau melepaskan telur secara semula jadi bagi tujuan pengembangan genetik yang berkualiti. Contohnya, penghasilan benih dengan kadar tumbesaran yang cepat dan rintangan penyakit.
oestrusestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu fasa yang terdapat dalam kitaran estrus. Estrus merupakan tempoh berulang kesuburan dan seksual pada haiwan mamalia betina. Pada peringkat ini, haiwan betina akan bersedia menerima haiwan jantan untuk mengawan. Tempoh estrus berbeza mengikut spesies haiwan. Contohnya, purata tempoh estrus bagi lembu ialah 18 jam, kambing 40 jam dan anjing 8 hari.
hot standbysiap sedia panasTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerihal menyediakan keupayaan sandaran atas talian dengan memasang sistem replika yang mengandungi semua aktiviti dan aliran data sistem komputer asal. Sistem replika ini bersedia mengambil alih semua fungsi sistem asal sekiranya berlaku kerosakan yang tidak dijangkakan.
negative capabilitykemampuan negatifKesusasteraanTiadaKemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera.
isometric contractionpenguncupan isometrikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang tidak melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan ini menghasilkan daya tetapi tidak menghasilkan pergerakan. Contohnnya, dalam acara larian pecut, semua otot pelari mengalami penguncupan isometrik ketika mengawal postur antara tempoh �bersedia� dengan tembakan pelepas.
12

Kembali ke atas