Art Deco | Art Deco | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem. |
literal meaning | makna harfiah | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang tersurat pada sesuatu diksi, frasa atau ayat dalam sesebuah puisi. Aspek ini banyak dikesan dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Contohnya, Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa. |
lament | rintihan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi. |