professional liability insurance | insurans liabiliti profesional | insurans | Tiada | 1. lih. insurans salah amalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang perubatan. 2. lih. insurans ralat dan ketinggalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang seperti perundangan dan perakaunan. Ralat dan ketinggalan juga terdapat di dalam kebanyakan jenis perniagaan seperti agensi pelancongan dan ibu sawa telefon. |
manspower policy | dasar tenaga manusia | Ekonomi | Tiada | Dasar yang bertujuan untuk menyediakan buruh dengan bilangan yang mencukupi dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan sesebuah negara. Dasar ini melibatkan tiga aspek, iaitu penawaran buruh, permintaan buruh, dan pewujudan tenaga buruh. Dalam pelaksanaannya, dasar ini menitikberatkan latihan untuk meningkatkan kualiti buruh supaya seimbang dengan permintaan buruh dan pelajaran, bersesuaian dengan peningkatan kualiti tenaga manusia. |
greyhair tourism | pelancongan warga tua | Pelancongan | Tiada | Aktiviti yang bersesuaian dengan pelancong yang sudah lanjut usia, seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar. |
alternative scheduling | penjadualan pilihan | Pelancongan | Tiada | Perancangan perjalanan yang bersesuaian dengan keadaan. |
curing of herb | pematangan/pengawetan herba | Herba | Tiada | Suatu proses penyimpanan yang bersesuaian untuk membolehkan enzim yang terdapat dalam herba bertindak dan merubah kandungan biokimianya bagi meningkatkan kualiti herba. Contohnya, koko dan kacang vanila. |
herbal specification | spesifikasi herba | Herba | Tiada | Suatu senarai ujian, rujukan kepada prosedur analisis dan kriteria bersesuaian yang menyatakan nilai had atau julat angka atau kriteria ujian lain yang diterima pakai. Spesifikasi ini menetapkan satu set kriteria bagi bahan mentah dan sediaan herba yang harus dipatuhi untuk diterima pakai bagi kegunaan seperti yang dinyatakan. Spesifikasi bagi kualiti piawai bahan mentah dan sediaan herba ditetapkan oleh agensi kawalan kerajaan dan mesti dipatuhi oleh pemohon. |
demotic style | gaya sehari-hari | Kesusasteraan | Puisi | Pengucapan atau penyampaian yang digunakan oleh penyair dalam puisi yang dihasilkan bersesuaian dengan penggunaan sehari-hari. Contohnya, puisi dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |
gross motor skills | kemahiran motor kasar | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran motor asas yang menjadi petunjuk kepada perkembangan biologi yang bersesuaian dengan umur kronologi. Kemahiran ini melibatkan pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat, melonjak, membaling, memukul atau menangkap. Kemahiran ini melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai penggerak utama. Contohnya semasa aktiviti menendang bola, otot-otot besar di bahagian paha yang terlibat ialah kuadriseps dan hamstring. |
quantitation limit | had kuantitatif | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jumlah terendah analit yang ditentukan dengan tahap kejituan dan ketepatan yang bersesuaian dalam sesuatu prosedur analisis. Had kuantitatif biasanya digunakan dalam penentuan bendasing dan bahan degradasi produk. |
trained personnel | individu terlatih | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Seseorang yang telah menerima latihan teori, amali dan latihan lain yang bersesuaian dan relevan dengan tugasnya. Latihan berterusan perlu diberikan dan keberkesanannya disemak secara berkala bagi memastikan kompetensi individu terlatih berada pada tahap yang baik. |