Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai gadis jolong menumbuk.

Bermaksud :

Rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intensitykeamatanKesusasteraanPuisiKeadaan yang amat sangat, dan bersungguh-sungguh dalam mencitrakan sesuatu imej, seperti imej alam, imej manusia dan sebagainya. Keadaan ini boleh meninggalkan pelbagai kesan seperti sedih, marah dan simpati kepada khalayak apabila puisi itu dideklamasikan. Sinonim intensiti.
litanylitaniKesusasteraanTiadaRangkaian doa yang diucapkan oleh pasukan koir gereja. Litani mengandungi untaian permohonan, pujian dan kebaktian yang disampaikan bersama-sama, bersahut-sahutan atau berulang-ulang. Jenis pengulangan ini ditiru daripada sajak duniawi Barat yang menyentuh pelbagai topik, sama ada berkaitan dengan agama, falsafah atau sentimen lagu. Isinya boleh bersifat bersungguh-sungguh atau ejekan, namun pengulangan yang terdapat dalam sajak ini masih dianggap tinggi nilai sasteranya.

Kembali ke atas