gurindam | gurindam | Kesusasteraan | Puisi | Puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris dalam satu bait, dengan rima akhir yang sama. Baris pertama berupa syarat dan baris kedua berupa jawapan. Isinya memberikan nasihat. Contohnya, petikan 'Gurindam Dua Belas' karya Raja Ali Haji. Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya faedah. |
pigment | pigmen | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan berupa serbuk tidak larut dalam air yang mengandungi kepekatan warna yang tinggi untuk mewarnakan bahan lain. Pigmen putih seperti titanium dioksida diserakkan ke dalam polimer fiber untuk penyahkilatan dan menghasilkan kemasan kusam atau separuh kusam. |
detritus | detritus | Sains Marin | Tiada | Bahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus. |
idiom | idiom | Kesusasteraan | Puisi | Ungkapan yang berupa simpulan bahasa atau kata-kata tertentu yang disisipkan dalam sesebuah puisi. Contohnya, ungkapan 'jauh hati'. Dalam konteks ini idiom 'jauh hati' membawa makna tersinggung, sedih dan kecewa. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berupa nasihat atau pengajaran mengenai pelbagai persoalan kehidupan manusia. Biasanya corak puisi seperti ini mempunyai bahasa yang ringkas dan padat. |
rabbet | tetingkat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Potongan yang berupa lurah atau bertingkat-tingkat yang dibentuk pada hujung sesuatu bahan (seperti bod atau kayu) yang dilakukan dengan mesin untuk membolehkannya dicantum dengan sesuatu bahagian yang lain. Jika dilihat menerusi keratan rentas, tetingkat ialah dua permukaan yang terbuka di sisi sesuatu bahan atau penghujung permukaan yang telah dipotong daripada permukaan awal. Contohnya, bingkai pemasangan kaca yang menyediakan ruang untuk memasukkan kepingan kaca dan bahan dempul. Tetingkat sedia menempatkan bahagian tepi panel belakang almari, selain digunakan pada pintu dan jenang tingkap berbingkai, dan boleh digunakan sebagai bentuk penyambung kepada bahan kayu lain. Perkataan rabbet berasal daripada perkataan Perancis kuno, rabbat yang bermaksud reses dalam dinding. |
expressionism | ekspresionisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang keseluruhannya berupa pengucapan peribadi, curahan perasaan dan pemikiran yang tercetus dalam diri penyair. Contohnya, puisi "Aku" karya Chairil Anwar. |
satire | satira | Kesusasteraan | Puisi | Corak puisi yang berupa kecaman, cemuhan atau sindiran tetapi disampaikan secara halus dan kesannya amat tajam. Contohnya. seperti pantun di bawah. Dalam semak ada duri, Ayam kuning buat sarang; Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan bayang. |
polarogram | polarogram | Kimia | Kimia Analisis | Lengkung pengutuban berupa plot arus sebagai fungsi keupayaan yang dikenakan ke atas sel polarografi yang memberikan maklumat kualitatif dan kuantitatif berkenaan komposisi bahan terturun secara elektrolisis pada keupayaan katod tertentu. |
benzheksol | benzheksol | Farmasi | Tiada | 1. Drug antikolinergik, berupa hablur yang larut dalam air. |