make over | ubah rupa | Komunikasi | Korporat | Proses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. Selain itu, ubah rupa juga bertujuan untuk memberikan identiti dan kekuatan baru kepada objek dalam mempersembahkan citra kepada khalayaknya. Matlamat akhirnya adalah untuk menambahkan sokongan dalam bentuk penerimaan dan pengiktirafan dalam jangka masa tertentu. Prinsip ubah rupa mengakui bahawa secara semula jadi, manusia memiliki tahap penerimaan dan persetujuan terhadap sesuatu objek secara terhad dan dibatasi masa. Dalam komunikasi korporat, proses ubah rupa perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengatasi kekangan tersebut. Dalam situasi semasa, proses ubah rupa kerap dilakukan pada objek dalam industri hiburan, politik, perniagaan, dan penerbitan. Perubahan |
make over | ubah rupa | Komunikasi | Korporat | Proses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. |
lysimeter | lisimeter | Hidrogeologi | Tiada | Struktur yang berisi tanih dan direka sedemikian rupa untuk menentukan kuantiti air yang digunakan oleh tumbuhan dan disejat dari tanih dan membolehkan pengukuran air yang mengalir melalui tanih. Struktur ini berupa lembangan yang berdinding rapat dengan saluran yang dipasang di dasarnya. Di dalamnya diisi tanih dan ditanam tumbuhan. Jumlah kerpasan semula jadi dan (atau) buatan disukat, penyusupan air ke dalam tanih disukat dan dianalisa, air yang digunakan oleh tumbuhan ditimbang, dan sebagainya. Cat.: Susunan tanih yang diisikan ke dalam struktur adalah sama dengan yang disekitarnya. Ruj.: Tolman 1937 |