folk non-narrative | cerita rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita rakyat yang bercorak puisi. Contoh: Syair Dandan Setia, Syair Jaran Temasya. |
folk narrative | cerita rakyat kisahan | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita rakyat yang bercorak prosa. Contoh: cerita binatang, Pak Pandir dan lain-lain. |
nonstylized storytelling | penceritaan lugas | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita rakyat yang dituturkan oleh seorang amatur dalam bahasa seharian. |
orally oriented culture | budaya orientasi lisan | Kesusasteraan | Tiada | Budaya yang berdasarkan kepada aspek kelisanan. Contoh: cerita-cerita rakyat. |
historical diffusion | resapan historis/difusi historis | Kesusasteraan | Tiada | Sejarah penyerapan unsur-unsur luar yang terdapat dalam sesebuah karya. Contoh: cerita-cerita rakyat Melayu dikatakan sebahagiannya bersumber dari cerita-cerita sastera rakyat India. |
motifeme | motifem | Kesusasteraan | Tiada | Unit struktur yang merupakan dasar dalam cerita rakyat. Motifem diperkenalkan oleh Dundes dalam analisisnya terhadap cerita rakyat suku peribumi Indian di Amerika utara. Unsur yang sama diistilahkan oleh V. Propp (1968) sebagai fungsi. Dundes meminjam istilah motifem daripada Pike yang menggunakannya untuk kajian bahasa. Motifem dikaitkan dengan motif, sama seperti fungsi yang dikaitkan dengan aksi. Dalam analisis Dundes, struktur termudah cerita rakyat ini terdiri daripada dua motifem, iaitu kekurangan dan kelebihan atau ketidakseimbangan dan keseimbangan yang diatasi. Lihat juga fungsi, motif. |
folk tale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik. |
communalative tale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang tidak terikat pada ruang dan waktu serta beredar di tengah-tengah masyarakat. Contoh: cerita-cerita binatang, cerita mitos, cerita legenda dll. |
folklore | cerita rakyat | Geografi | Tiada | Tiada |
folklore | cerita rakyat | Sosiologi | Tiada | Tiada |