Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Atterberg limithad AtterbergPertanianTiada, dan had-had yang biasa digunakan sekarang ialah had cecair, had plastik dan indeks plastik.
delimiterpenentu had; tanda hujungKejuruteraanTiada1. Simbol yang menandai had-had pembina pengaturcaraan.,2. Simbol yang digunakan untuk menyahkod.
limit linegaris hadKejuruteraanTiadaGaris pada carta yang menentukan had-had tentuan.
limit cyclekitar hadKejuruteraanTiadaRagam operasi sistem kawalan apabila pemboleh ubah terkawal berkitar di antara had-had lampau, dengan puratanya berada berhampiran dengan nilai yang dikehendaki.
closed setset tertutupMatematikTiadaSet yang meliputi had-had yang mentakrifkan set tersebut.
potentiostatpotentiostatKejuruteraanTiadaAlat automatik makmal yang mengawal upaya bagi eletrod bekerja kepada had-had tertentu semasa titratan kecoulometeran.
band - passlaluan jalurKimiaTiadaJulat dalam hertz atau kilohertz yang menyatakan perbezaan di antara had-had frekuensi yang menunjukkan pecahan keluaran maksimum yang diperlukan.
analogue channelsaluran analogMatematikTiadaSatu saluran yang mana maklumat terhantar boleh mengambil sebarang nilai di antara had-had yang ditakrifkan oleh saluran tersebut.
plasticity numbernombor keplastikanPertanianTiadaPerbezaan bernombor di antara had cecair dan had plastik atau di antara had plastik bawah dan had plastik atas.
energy bandjalur tenagaFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanJalur yang terbentuk daripada paras tenaga yang bersaling tindak bagi atom-atom individu dalam suatu pepejal. Suatu julat bagi frekuensi-frekuensi gelombang elektromanet antara had-had tertentu seperti yang terumpu kepada jenis khusus dalam perkhidmatan radio.
12345678910...

Kembali ke atas