Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fundamental rightshak-hak asasiSains PolitikPolitik PerbandinganLihat hak asasi manusia.
advisory committeejawatankuasa penasihatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa yang berperanan memberi pendapat kepada sesuatu badan. Contohnya, Jawatankuasa Penasihat Majlis Hak Asasi Manusia yang berfungsi sebagai pemikir dengan melakukan penyelidikan dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Hak Asasi Manusia.
Amnesty InternationalAmnesti AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang beribu pejabat di London dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat. Pertubuhan ini mempunyai tiga matlamat dasarnya. Pertama, pembebasan kesemua tahanan politik; kedua, penghapusan semua bentuk penyeksaan termasuk hukuman bunuh; dan ketiga, hak pembicaraan yang adil kepada semua tahanan politik. Pertubuhan ini merupakan badan pemantau hak asasi manusia dan pengaruhnya tertakluk kepada keprihatinan masyarakat awam dalam sesebuah negara. Kini, keanggotaannya melebihi satu juta orang meliputi seluruh negara di dunia. Pertubuhan ini ditadbir oleh sembilan anggota jawatankuasa eksekutif dan seorang setiausaha agung. Mereka berperanan melaksanakan keputusan dasar dan mengetuai urus setia organisasi. Pada tahun 1978, pertubuhan ini telah menerima anugerah hak asasi manusia PBB. Pertubuhan ini juga telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika (OAU). Amnesti Antarabangsa juga telah menerima hadiah Nobel pada tahun 1977 atas sumbangannya.
human righthak asasi manusiaPentadbiranTiadaTiada
human righthak asasi manusiaUndang-undangTiadaTiada
human righthak asasi manusiaSejarahTiadaTiada
human rightshak asasi manusiaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
aggressive circlekumpulan cerobohSejarahTiadaKumpulan manusia atau negara yang mengamalkan dasar pencerobohan dengan kesediaan berperang dan mencabuli hak-hak asasi manusia.
human rightshak asasi manusiaSains PolitikPolitik PerbandinganHak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi.
human rightshak asasi manusiaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak dan kebebasan manusia yang utama, iaitu merangkumi hak sivil dan politik, hak ekonomi, sosial dan budaya, serta hak masyarakat. Contoh hak sivil dan politik ialah hak untuk hidup, kebebasan beragama, hak bergerak dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat. Contoh hak ekonomi, sosial dan budaya ialah hak untuk mendapatkan pekerjaan, pendidikan dan kemudahan kesihatan, manakala contoh hak masyarakat ialah hak kepada pembangunan dan hak penentuan kendiri. Hak asasi manusia tidak boleh dinafikan oleh masyarakat atau negara. Undang-undang yang berkaitan hak asasi manusia melindungi hak ini daripada pencabulan oleh kerajaan.
1234

Kembali ke atas