Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hak seseorang pencipta spt pengarang, penggubah lagu atas hasil ciptaannya yg dilindungi undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
warezwarezTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori kod atau perisian yang mempunyai hak cipta yang dihasilkan oleh kumpulan pengguna tetapi melanggar akta hak cipta. Pelanggaran hak cipta merujuk kepada penerbitan dan penghasilan kod atau perisian secara tidak sah. Konsep warez ini bertentangan dengan perkongsian fail antara rakan - ke- rakan atau kumpulan pengguna yang mempunyai minat yang sama. Kebiasaannya, warez tidak melibatkan pemalsuan perisian komersial untuk tujuan keuntungan. Pada asalnya, warez digerakkan oleh kumpulan pengguna bawah tanah tetapi sekarang telah menjadi tempat yang biasa dilawati pengguna Internet dan media massa. Contoh fail warez yang biasa diperoleh ialah kod tampung, kod rengkahan atau perisian penjana kekunci.
copyrighthak ciptaTeknologi Maklumate-PembelajaranHak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka.
license creative commons (CC)lesen kreatif terbuka (CC)Teknologi Maklumate-PembelajaranSijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta.
imprintimprin-TiadaNama dan alamat penerbit atau pencetak yang diletakkan di halaman hak cipta bahan terbitan.
intellectual property crimejenayah harta intelekKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang melibatkan penghasilan, penjualan atau pengedaran barangan tiruan yang bertentangan dengan hak cipta, paten, tanda niaga, reka bentuk industri atau hasil kesenian untuk mengaut keuntungan.
first editionedisi pertamaKesusasteraanTiadaKarya yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. Pada halaman awalan, tercatat nama pengarang, tahun dan tempat diterbitkan, halaman hak cipta, International Standard Book Number (ISBN), pengkatalogan dalam penerbitan, judul penuh, judul separa dan sebagainya. Karya yang dimaksudkan meliputi karya kreatif seperti novelm kumpulan cerpen, drama atau puisi, dan karya bukan kreatif seperti karya umum atau kritikan. Edisi pertama tidak hanya merujuk kepada buku dan majalah, tetapi juga edisi akhbar yang pertama kali dicetak dan diterbitkan.
fixed assetaset tetapEkonomiTiadaAset yang sukar ditukarkan kepada tunai. Aset tetap terdiri daripada aset tetap ketara seperti bangunan, tanah, mesin, dan pelaburan jangka panjang; dan aset tetap tak ketara seperti paten, hak cipta, dan tanda perdagangan.
intangible assetaset tak ketaraEkonomiTiadaAset yang tidak mempunyai kewujudan fizikal. Aset ini memberi hak kepada pemiliknya untuk menerima bayaran tunai atau faedah lain, seperti hak untuk menjalankan perniagaan. Misalnya, paten, hak cipta, muhibah, dan jenama.
copylefthak terbukaTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta.
plagiarismplagiarismeKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk jenayah terhadap harta intelek, iaitu karya atau reka cipta yang dihasilkan semula tanpa keizinan pencipta asal atau secara bertentangan dengan kepentingan hak pemilik harta intelek.

Kembali ke atas