pecuniary insurance | insurans pekuniari | insurans | Tiada | Insurans yang berkaitan dengan hal-hal kewangan, umpamanya jaminan kesetiaan, insurans kredit dan sebagainya. |
literary criticism | kritikan sastera | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan atau cabang pengajian yang berkaitan dengan hal-hal mendefinisi, mengklasifikasi, menghuraikan dan menilai karya kesusasteraan. Kritikan ini biasanya terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama, iaitu kritikan amali dan kritikan teoritis. Kritikan amali memberikan tumpuan pada tkes semata-mata tanpa merujuk faktor luaran, ekstrinsik atau kontekstual, iaitu sejarah, keadaan sosial, biografi pengarang dan sebagainya. Tumpuan kritikan ini adalah pada unsur dalaman atau intrinsik teks, iaitu tema, plot, imejan dan ciri-ciri teks formal yang lain. Bentuk kritikan amali memberikan penekanan pada asktek tekstual dan menghasilkan ungkapan seperti �yang tertera di muka surat�, �bacaan teliti�, dan analisis teks. Antara pengkritik yang menonjolkan kaedah kritikan ini ialah Richards dan Cleanth Brooks. Kritikan amali dikenali juga sebagai kritikan terapan. Kritikan teoritis (teoritikal) pula merumuskan prinsip yang asasi untuk menentukan perbezaan antara bidang kesusasteraan dengan disiplin lain. Kritikan ini berperanan sebagai �kayu pengukur� bagi menentukan mutu sastera. Kedua-dua bidang kritikan di atas memanfaatkan teori kritikan, sama ada secara implisit atu eksplisit. Teori kritikan menyediakan kerangka untuk membaca dang menganalisis teks. Antara teori kritikan ialah Marxisme, feminisme, historisisme baru, pascastrukturalisme dan lain-lain. Kritikan berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penghakiman�. Lihat juga historisme baru, kritikan Marxis, kritikan pascastrukturalis. |
care partner | rakan sepenjagaan | Perubatan | Tiada | Individu yang membantu jururawat berlesen menjaga pesakit berkaitan hal-hal penjagaan kesihatan. |
connotation | pengertian | Kesusasteraan | Puisi | Makna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi. |
nursing profession | profesion kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Profesion yang memerlukan pengetahuan kejururawatan, kod etika dan berkaitan dengan hal-hal kemanusiaan dan bertanggungjawab terhadap amalannya. |
hotline | talian penting | Komunikasi | Tiada | Perkhidmatan talian telefon yang utama dan disediakan khusus kepada orang ramai untuk tujuan tertentu, seperti hal-hal kecemasan atau sebarang urusan rasmi dengan jabatan-jabatan kerajaan. |
egocentric thought | pemikiran egosentrik | Psikologi | Tiada | Pemikiran yang lebih tertumpu kepada diri sendiri atau taasub diri. Menurut Piaget, pemikiran ini lebih menumpukan kepada keperluan atau hal-hal yang berkait dengan diri sendiri. |
suzerainty | pertuanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik di sebuah atau beberapa negara yang terpaksa tunduk dan akur kepada penguasaan sebuah negara yang lebih besar dan kuat. Keakuran ini banyak melibatkan hal-hal luar negara dan perdagangan antarabangsa, manakala hal ehwal dalam negara tidak tertakluk kepada kuasa besar tersebut. |
decentralization | pemencaran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan. |
civil-military relations | hubungan awam-tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik |