Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan; bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia; ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kera­sukan) hantu; menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~; menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ 1. sj burung malam, jampuk, ~ kuang kuit, Otus scops; 2. sj burung, carik kafan, Strix seloputo; 3. sj burung, ~ ikan, Ketupa zeylonensis; 4. sj burung, ketumbuk, ketampi, ~ kuning, Ketupa ketupu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 roh yg kononnya jahat lagi menakutkan dan dipercayai terdapat di tempat-tempat tertentu: ~ air; ~ bungkus; ~ jembalang; ~ syaitan. 2 ki orang yg sangat jahat atau sangat buruk. ~ judi orang yg suka bermain judi. berhantu ada hantunya: Rumah itu ~. meng­hantu 1 menjadi hantu atau spt hantu: Kian hari dia kian ~. 2 ki bertambah-tambah (menjadi-jadi) dan menimbulkan rasa takut; gelisah. meng­hantui menyebabkan atau me­nimbulkan rasa tidak tenteram atau gelisah; mengganggu; mengusik: Dia cuba menghilangkan perasaan takut yg ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantu (kata nama)
1. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pelesit, pontianak, langsuir, afrit, ifrit, jin, toyol, roh jahat, jembalang, penunggu, polong, mambang, kelambai, orang halus, orang bunian, balung, gedembai, syaitan, iblis, puaka, kemamang, majang, penjaga, datuk, penanggalan, bolong, sundal, siluman, serindai, semangat,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kaki, ketagih, gemar, suka,

Kata Terbitan : berhantu, menghantui,

Puisi
 

Apa benda di tepi hutan,
     Entah hantu entah syaitan;
Tak biasa ribut serta taufan,
     Jangan berani belayar lautan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Burung hantu kesiangan.

Bermaksud :

Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ghost storycerita hantuKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen �The Dead� oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis.
ghost storycerita hantuKesusasteraanTiadaKarya yang tertumpu kepada makhluk bukan manusia iaitu hantu dalam situasi yang menyeramkan.
memoratmemoratKesusasteraanTiadaNaratif lisan yang menyorot kembali pengalaman peribadi seseorang tentang peristiwa sebenar yang berlaku. Biasanya memorat merupakan naratif pendek yang berupa memoir atau cerita ingatan peribadi. Contohnya, cerita pengalaman seram bertemu dengan hantu atau diusik hantu.
dark fantasyfantasi seramKesusasteraanTiadaKarya fantasi tentang cerita hantu atau cerita tentang kuasa ghaib. Fantasi seram memanfaatkan unsur-unsur ghaib yang berlebih-lebihan berbanding dengan novel gotik. Kadangkala cerita fantasi seram memaparkan keganasan yang kerterlaluan. Contoh kesusasteraan moden ialah Dark Demon Rising oleh Tunku Halim, dan Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Lihat juga novel gotik.
shihon nukitetusuk empat jariSukanTiadaTusukan jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng serentak ke sasaran lawan.
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.
manteramanteraKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang susunan diksinya dalam baris-baris ada mengandungi unsur-unsur atau ciri-ciri puisi, seperti rima dan irama. Contohnya, Hei! om pali, Hei! hantu tanah, Jembalang bumi, Kau pergi mengambil semangat roh si anu, Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, seperti nasi mendidih.
election fraudpenipuan pilihan rayaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.
12

Kembali ke atas