Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak; ~-bangar = ~ bingar sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk; menghingari mengganggu orang dgn mem­buat bising: jangan ~ budak kecil yg sedang tidur itu; menghingarkan menimbulkan suasana yg hingar, membisingkan: jeritan kanak-kanak itu sungguh ~; kehingaran keadaan yg hingar, kebisingan: ~ itu dibauri dgn jerit pekik yg meng­gamatkan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: Suasana ketika itu begitu ~ hingga sukar utk mendengar peng­umuman yg dibuat. ~-bangar, ~ bingar bising sekali; riuh-rendah; hiruk-pikuk: Semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi ~. menghingar­kan menimbulkan suasana hingar; membisingkan: Jerit pekik budak-budak nakal itu ~ lagi suasana di dlm dewan. kehi­ngaran keadaan hingar: ~ di pasar itu membuat dia tidak selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingar (adjektif)
Bersinonim dengan bising, riuh, bingar, kecoh, ribut, gempar, gamat, gegak, honar, hiruk, bebar, taru;,
Kata Terbitan : hingar-bangar, menghingarkan, kehingaran,

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shot noisehingar tembakFizikNanoteknologiHingar elektronik atau fotonik yang dihasilkan oleh perubahan rawak sebilangan zarah yang membawa tenaga. Hingar tembak juga terjadi dalam sistem optik disebabkan oleh turun naik foton. Hingar tembak menimbulkan masalah dalam sistem apabila arus elektrik adalah kecil atau keamatan cahaya yang rendah.
absorption mufflerperedam bunyi penyerapanKejuruteraan AutomotifEnjinAlat dalam sistem ekzos yang membenarkan gas hasil pembakaran mengalir melaluinya untuk memperlahan hingar ekzos. Hingar ini terjadi daripada luruan gas bertekanan tinggi yang keluar dari kebuk pembakaran sebaik sahaja injap ekzos dibuka. Alat ini terdiri daripada bekas yang mengandungi laluan berlubang dan kebuk yang laluannya bersekat. Sinonim penyenyap, peredam bunyi.
piston slaptamparan ombohKejuruteraan AutomotifEnjinHentaman kambi omboh ke dinding silinder yang bunyi hingar. Kekuatan hentaman ini bergantung pada kelegaan menghasilkan kambi omboh dengan dinding silinder. Semakin besar kelegaan ini, semakin kuat tamparan omboh dan menyebabkan enjin menjadi lebih hingar.
internal noisehingar dalamanSains KesihatanTiadaKebisingan yang dihasilkan oleh komponen elektrik seperti amplifier, transistor dan mikrofon dalam suatu alat seperti alat bantu pendengaran.
tappet noisehingar tapetKejuruteraan AutomotifEnjinBunyi bising yang disebabkan oleh hentaman di antara batang injap dengan lengan angguk atau pengangkat injap. Bunyi ini disebabkan oleh wujudnya kelegaan di antara komponen tersebut dan menjadi lebih kuat sekiranya kelegaan tapet ini melebihi spesifikasi yang ditetapkan.
camshaft coverpenutup sesondolKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang menutup bahagian sesondol dan rangkaian injap. Gasket getah diletakkan di antara penutup dengan kepala silinder bagi mengedap minyak pelincir dan hingar daripada terkeluar. Penutup ini melindungi rangkaian injap daripada sebarang gangguan luar.
hydraulic valve lifterpengangkat injap hidraulikKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang menggunakan tekanan hidraulik minyak enjin untuk melaraskan panjangnya dan menyebabkan peranti sen- tiasa bersentuhan dengan cuping sesondol atau rod penolak. Keadaan ini mengekalkan kelegaan injap sifar supaya hingar yang dijanakan oleh rangkaian injap tersebut berada pada tahap minimum.

Kembali ke atas