Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.tang] | هوتڠ

Definisi : 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.tang] | هوتڠ

Definisi : 1 wang dll yg dipinjam drpd orang lain: Dia berjimat kerana hendak menjelaskan ~nya. 2 kewajipan membayar balik apa-apa yg sudah diterima. ~ budi kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. ~ lapuk hutang yg tidak berbayar. ~ piutang wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; ber­bagai-bagai hutang. ~ keliling pinggang terlalu banyak hutang. berhutang meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. menghutangi memberikan wang dll sbg hutang kpd: Dia ~ saya seratus ringgit. menghutang­kan memberikan pinjaman (wang dll): meminjamkan (wang dll): Saudagar itu banyak ~ wang kpd orang susah. terhutang 1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpd­nya. perhutangan perbuatan atau hal berhutang. peng­hutang orang yg berhutang (kpd orang lain). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Utang (hutang) biduk belum langsai,
     utang (hutang) pengayuh datang pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
debt instrumentalat hutangEkonomiTiadaSebarang dokumen yang menanda -kan pemegangnya mempunyai tuntutan hutang terhadap pengeluar dokumen tersebut. Alat hutang dikenali juga sebagai sekuriti, walaupun kadangkala sekuriti merujuk alat hutang yang mempunyai tempoh matang yang panjang. Misalnya, bil, bon, sekuriti kerajaan, dan sekuriti syarikat.
sinking funddana terikatEkonomiTiadaDana yang diperuntukkan untuk pembayaran semula hutang seperti penjelasan bon, sama ada secara ansuran atau sekali gus pada tarikh matang hutang itu atau untuk elaun susut nilai. Sementara menunggu kematangan hutang, tunai dari dana ini boleh juga dilaburkan di pasaran wang.
discoursewacanaKesusasteraanPuisiKeseluruhan tuturan atau ujaran yang merupakan kesatuan fikiran yang lengkap. Pantun di bawah merupakan satu wacana yang lengkap. Pisang emas dari Bentan, Pisang lidi bertanding-tandingan; Hutang emas dibalas intan, Hutang budi tiada bandingan.
avalisationavalisasiPerbankanTiadaJaminan pembayaran oleh pihak bank ke atas tanggungan hutang oleh penghutang kepada pemberi hutang.
credit life insuranceinsurans hayat kreditinsuransTiadaPerlindungan insurans ke atas hayat peminjam untuk melindungi bayaran hutang sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum hutang dilunaskan. Perlindungan ini selalunya diuruskan melalui syarikat pemberi pinjam ke atas kumpulan atau individu.
debt servicingbayaran khidmat hutangEkonomiTiadaBayaran faedah dan pokok ke atas pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan dari sumber dalam dan luar negeri. Bayaran ini merupakan salah satu komponen perbelanjaan pengurusan kerajaan di Malaysia yang telah membuat pinjaman atau hutang untuk membiayai projek pembangunan.
sleep debthutang tidurPsikologiTiadaKumulatif waktu tidur yang terkumpul akibat daripada tidak cukup tidur.
secured debthutang bercagarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
mortgage debthutang gadai janjiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
debt servicebayaran hutangPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123

Kembali ke atas