truthful presentation | persembahan jujur | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Maklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia. |
academic dishonesty | ketidakjujuran akademik | Pendidikan | Tiada | Tingkah laku yang tidak jujur oleh semua yang terlibat dalam persekitaran pendidikan seperti dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan aktiviti akademik yang berkaitan. |
counterfeit currency coverage | perlindungan mata wang palsu | insurans | Tiada | Bon yang melindungi insured daripada kehilangan/kerugian akibat penerimaan secara jujur mata wang atau syiling palsu atau yang telah diubah. |
morality play | lakon moraliti | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500). |
realism | realisme | Kesusasteraan | Tiada | Suatu bentuk penulisan yang merakamkan kehidupan sebenar manusia dengan cara yang tepat. Realisme merujuk kepada kaedah sastera yang menekankan pemerian yang tepat dan rinci. Realisme juga merujuk kepada tanggapan yang menolak ciri-ciri romantik seperti kebaikan dan kecantikan, tetapi menegaskan tanggapan itu kepada masalah harian manusia. Kaedah realisme mementingkan pengalaman individu yang perlu disampaikan secara terang dan jujur. Realisme juga menegaskan konsep atau gaya tulisan yang bersifat objektif. |
Cosmetic Advertising Code | Kod Pengiklanan Kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Panduan kepada pihak industri kosmetik dalam membangunkan mesej pengiklanan dengan cara beretika. Kod pengiklanan kosmetik bertujuan untuk memastikan pemasaran dan pengiklanan kosmetik berasaskan herba adalah dengan cara yang menggalakkan penggunaan kosmetik yang berkualiti, bertanggungjawab secara sosial dan tidak mengelirukan atau menipu pengguna. Menurut kod tersebut, iklan mestilah mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini. Iklan tersebut mestilah berupaya untuk memberi pengesahan terhadap tuntutannya dan beradab. Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan yang mengelirukan atau tidak dapat disahkan tuntutannya atau maklumat yang disembunyikan bagi mendorong penggunaan tidak munasabah atau menimbulkan risiko yang tidak wajar. Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap iklan yang diterbitkan. |
shi�r ?l-m?d? | shi�r ?l-m?d? | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang mengandungi unsur pujian. Shi�r ?l-m?d? mempunyai dua bentuk. Bentuk pertama ialah puisi yang dicipta untuk mendapatkan habuan. Contohnya, dalam karya al-Nabighah al-Dhubyani penyair zaman jahiliah berjudul Mu�allaqat. Bentuk kedua ialah puisi yang dicipta secara ikhlas untuk seseorang yang disanjung tanpa mengharapkan sebarang habuan. Bentuk puisi pujian ini agak memberangsangkan pada zaman awal Islam, terutamanya karya Zuhayr ibn Abi Sulma yang menulis puisi pujian secara jujur. Contoh dalam sastera Parsi ialah syair tulisan Rundaki dan �Unsuri yang terdapat dalam Divan. |
tract | tract | Kesusasteraan | Tiada | Risalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Daf�al-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud �menangani� atau �mengendalikan�. |