plisse | plisse | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kain kapas atau fabrik sintetik yang dikedutkan dengan proses rawatan menggunakan soda kaustik. |
octastich | astabaris | Kesusasteraan | Puisi | Sesebuah puisi atau sajak yang pembentukannya terdiri daripada lapan baris a b a b a b dan c c. Dalam puisi moden, rima hujungnya adalah bebas, tetapi tidak bebas pada puisi pantun lapan kerat yang lazimnya terikat dengan pola, seperti contoh di bawah. Orang belayar dalam perahu, Haluan menuju ke Batu Bara, Sarat bermuat kain kapas, Kapas dibawa dari barat; Kasih tuan hambalah tahu, Bagai orang menggenggam bara, Rasa hangat tidak dilepas, Begitu benar kias ibarat. |
batiste | batis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kain putih yang halus, ringan, dan nipis, yang biasanya bercetak. Kain ini diperbuat daripada kapas, bulu, poliester atau campuran ketiga-tiga bahan tersebut. Kain ini juga digunakan untuk membuat pakaian dan kain pelengkap perabot yang eksklusif. |
Rep | sulaman Rep | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kain yang diperbuat daripada sutera, bulu atau kapas. Rep ditenun dalam bentuk pintalan halus atau tetulang yang merentasi lebar fabrik. Kain sutera rep dijadikan pakaian formal, tali leher atau jubah. Bulu dan kapas pula ditenun untuk kegunaan upholsteri. Rep berasal daripada perkataan Perancis. |