Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Balai Cik Wan kecil,
     Bentuk panjang lima;
Bertunang dari kecil,
     Menikah bulan lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shallow water waveombak air cetekSains MarinTiadaGelombang yang berlaku apabila nisbah antara kedalaman air dan panjang gelombangnya menjadi sangat kecil. Contohnya, tsunami mempunyai panjang gelombang yang sangat besar (beratus-ratus km) dan bertindak sebagai gelombang air cetek dalam air lautan.
upper casehuruf besar-TiadaHuruf yang fonnya sama saiz dengan huruf kecil tetapi ukurannya lebih panjang dan lebih besar. Banding lower case.
small-angle scatteringserakan sudut kecilNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 � 10�) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel.
arrow wormscacing anak panahSains MarinTiadaSejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata.
dowelpasak kayu bulatKesenianHiasan Dalaman1. Kayu kecil berbentuk bulat yang digunakan sebagai pengikat pada dua bahagian kayu. 2. Kayu panjang berbentuk bulat yang digunakan dalam pembuatan perabot.
GlossostigmaGlossostigmaPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Daunnya bersaiz kecil, iaitu antara 0.3 – 1.2 cm panjang dengan 0.2 – 0.6 mm lebar yang sering ditanam di dalam akuarium seperti rumput karpet. Glossostigma memerlukan cahaya yang terang dan nutrien yang tinggi dari dalam tanah untuk menjadi seperti rumput karpet. Antara jenis Glossostigma yang popular ialah Glossostigma diandrum dan Glossostigma elantinoides.
shrinkagekecutanPerhutananTiadaProses pengurangan ukuran panjang, lebar, tebal, dan isi padu kayu akibat proses pengeringan kayu bawah takat tepu gentian. Kecutan yang lebih besar berlaku pada muka potongan tangen daripada muka potongan jejari, dan yang paling kecil ialah pada permukaan memanjang. Kadar kecutan bergantung pada spesies kayu.
bacteriophagebakteriofajFizikNanoteknologiSebarang virus yang menjangkiti sel bakteria yang setiap satunya mempunyai julat penghunian yang kecil. Saiz kepalanya ialah 40 nm, lebar badannya ialah 13 nm dan panjang ekornya ialah 100 nm. Sinonim faj.
stanzastanzaKesusasteraanTiadaSatu unit yang mengandungi beberapa bait dalam sesebuah sajak. Unit ini berfungsi menstrukturkan sajak tersebut kepada bahagian kecil. Unit ini bergantung pada jumlah baris, panjang pendek suku kata dalam setiap baris, skema rima dan matra. Sajak yang mempunyai 16 baris mungkin dibahagikan kepada empat stanza, dan setiap stanza mengandungi empat baris. Stanza berfungsi untuk menggariskan sempadan dan memperkembangkan suatu idea kepada idea yang seterusnya.
metastablemetastabilFizikNanoteknologiKeadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil.
12

Kembali ke atas