Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.han.cu.ran] | کهنچورن

Definisi : perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.han.cu.ran] | کهنچورن

Definisi : keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroic tragedytragedi wiraKesusasteraanTiadaKonflik antara sepasang wira dan wirawati yang berakhir dengan kehancuran atau kemusnahan yang dilakonkan dalam drama wira.
crushing strengthkekuatan menghancurPertanianTiada1. Daya untuk menghancurkan satu jisim tanah kering.,2. Daya rintangan jisim tanah kering menahan daripada kehancuran.
plasticitykeplastikanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerihal suatu bahan atau perekat yang membenarkannya bercangga secara berterusan dan berkekalan tanpa sebarang kecacatan dan kehancuran akibat pengenaan daya yang melampaui had kenyal bahan tersebut.
free tradeperdagangan bebasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerdagangan yang melibatkan kuasa pasaran yang tidak terbatas, kurangnya campur tangan negara dan persaingan adil antara pihak dalam transaksi. Matlamat perdagangan bebas adalah untuk memperluas perdagangan dengan menambah jumlah import dan eksport semua negara di dunia. Ini akan menambahkan daya saing, pengkhususan dan nilai dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta meninggikan pertumbuhan ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, ramai pakar ekonomi yang tidak bersetuju dengan perdagangan bebas kerana ia boleh membunuh industri tempatan yang tidak boleh bersaing dengan pemain global. Ini boleh menyebabkan pengangguran dan kehancuran industri tradisional, dan komuniti terpinggir. Contoh perjanjian antarabangsa yang menggalakkan kebebasan perdagangan yang lebih luas ialah Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Kembali ke atas