Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.su.kan]/[ke.ma.su/.kan] | کماسوقن

Definisi : 1. dimasuki (hantu, orang ha­lus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.su.kan]/[ke.ma.su/.kan] | کماسوقن

Definisi : perihal masuk (sesuatu pertubuhan dll): Malaysia menyokong ~ Negara China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Peribahasa

Bagai melulus baju sempit,
     bagai terbuang kesisipan.

Bermaksud :

Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water influxkemasukan airKejuruteraanTiadaKemasukan air dari akuifer ke dalam zon minyak atau gas.
accession ratekadar kemasukanPentadbiran PerniagaanTiada1. Peratusan kemasukan pekerja dalam sesebuah organisasi dalam jangka masa tertentu. 2. Kadar gaji yang dibayar kepada seseorang pekerja pada mula diambil bekerja.
entry barrierhalangan kemasukanPengurusanPerancanganHalangan dalam persekitaran perniagaan yang menyekat kemasukan pesaing baharu ke dalam sesuatu industri atau bidang perniagaan. Halangan ini termasuklah sekatan yang wujud kesan daripada peraturan kerajaan, kos permulaan perniagaan yang tinggi, teknologi termaju, ekonomi skala dalam kalangan pemain industri, pembezaan produk, dan sekatan capaian kepada saluran pembekal dan pengedar. Contohnya, kesukaran pesaing baharu untuk memasuki industri pembuatan kereta kerana industri tersebut memerlukan kos permulaan perniagaan yang tinggi. Lihat juga halangan keluar.
colonizationpengkolonianBiologiEkologiKemasukan spesies tumbuhan atau haiwan di kawasan tanah gondol. Misalnya, kemasukan lalang, Imperata cylindrica di kawasan bekas lombong, yang merupakan tumbuhan pertama mendiami kawasan tersebut.
infiltrationpenyusupanGeologiTiada1. Kemasukan air ke dalam tanah melalui permukaan tanah.,2. Kemasukan atau pengumpulan bahan secara abnormal ke dalam tisu, sel atau organ dan/atau di dalam jumlah yang lebih daripada biasa.
infiltrationpenyusupanGeografiTiada1. Kemasukan air ke dalam tanah melalui permukaan tanah.,2. Kemasukan atau pengumpulan bahan secara abnormal ke dalam tisu, sel atau organ dan/atau di dalam jumlah yang lebih daripada biasa.
infectionjangkitanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses kemasukan mikroorganisma yang berbahaya, seperti kemasukan kulat reput ke dalam bahan kayu, sama ada secara sengaja melalui penginokulatan, atau secara tidak sengaja dari persekitaran.
entry limit pricingpenentuan harga had kemasukanEkonomiTiadaSatu strategi dalam menentukan harga dapat dikawal pada tahap tertentu dengan cara mengehadkan kemasukan firma baru dalam pasaran, dan dengan itu dapat mengekalkan dan menggunakan kuasa monopoli untuk mempengaruhi harga.
endobronchial intubationintubasi endobronkusPerubatanTiadaKemasukan tiub endotrakea ke dalam rongga bronkus secara tidak sengaja yang boleh menyebabkan hipoksia. Kemasukan tiub endotrakea juga boleh dilakukan dengan sengaja, seperti dalam pembedahan torasik untuk memisahkan paru-paru kiri daripada paru-paru kanan atau sebaliknya bagi memudahkan pembedahan paru-paru.
air intakestempat masuk udaraAeroangkasaTiadaTempat kemasukan udara ke dalam enjin, biasanya dari bahagian hadapan pesawat udara.,Tempat kemasukan udara ke dalam enjin, biasanya dari bahagian hadapan pesawat udara.
12345678910...

Kembali ke atas