Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.cu.nan] | کراچونن

Definisi : kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengan­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oxygen toxicitykeracunan oksigenKejururawatanTiadaKeadaan apabila tisu dan sel badan mendapat bekalan oksigen secara berlebihan. Keadaan ini boleh mengakibatkan fibroplasia retrolensa dan fibrosis pulmonari.
septicaemiaseptisemiaPerikananAkuakulturKeracunan darah akibat daripada kemasukan mikrob yang menghasilkan toksin dalam salur darah.
toxaemiatoksemiaKejururawatanTiadaKeracunan darah disebabkan oleh kehadiran toksin yang dihasilkan oleh bakteria.
antihepatotoxicantihepatotoksikHerbaFitoterapiBahan yang berupaya mencegah kerosakan atau keracunan terhadap sel-sel hati.
antidoteantidot/penawarSains KesihatanTiadaBahan kimia yang dapat mengatasi kesan keracunan. Contohnya arang teraktif untuk pengawet dan alkohol.
lethargylemahPerikananAkuakulturKeadaan fizikal yang tidak bermaya disebabkan oleh penyakit, keracunan, tekanan, kekurangan vitamin atau mineral.
carboxyhaemoglobinkarboksihemoglobinBiologiTiadaSebatian karbon monoksida dan hemoglobin yang terbentuk di dalam darah apabila berlaku keracunan karbon monoksida.
colitiskolitisHerbaFitoterapiSejenis penyakit berkaitan pencernaan kronik yang dicirikan oleh radang pada lapisan di dalam kolon. Kolitis disebabkan oleh jangkitan kuman, ulser, keracunan makanan, bengkak usus atau aliran darah yang tidak lancar.
aflatoxinaflatoksinPerikananAkuakulturToksin atau racun yang dikeluarkan oleh kulat Aspergillus nigerflavus yang kebiasaannya didapati pada bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apabila bijirin yang tercemar dimakan oleh ikan.
Bohr effectkesan BohrSains ForensikTiadaKesan pH terhadap afiniti hemoglobin ke atas oksigen. Apabila kepekatan karbon dioksida dalam darah meningkat, pH darah akan menurun dan seterusnya melemahkan afiniti hemoglobin terhadap oksigen dan memudahkan oksigen untuk dilepaskan kepada tisu. Dalam kes keracunan karbon monoksida, pembekalan oksigen ke tisu terganggu kerana molekul karbon monoksida mengikat dengan kuat pada tapak pengikatan oksigen ini.
12

Kembali ke atas