Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ro.sa.kan]/[ke.ro.sa/.kan] | کروسقن

Definisi : 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ro.sa.kan]/[ke.ro.sa/.kan] | کروسقن

Definisi : keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membaikinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Peribahasa

Mendaki bukit berkaki dua,
     menurunnya berkaki seribu.

Bermaksud :

Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water damage liability insuranceinsurans liabiliti kerosakan airinsuransTiadaInsurans yang melindungi kerosakan yang disebabkan oleh air, seperti kerosakan disebabkan oleh kebocoran atau limpahan air sistem pemanasan, atau penyejuk udara atau batang paip.
boiler and machinery insuranceinsurans dandang dan mesininsuransTiadaInsurans yang melindungi kerosakan dandang, mesin dan peralatan elektrik. Perlindungan diberikan untuk kerosakan kepada peralatan, belanja penyenggaraan, pembaikan, kerosakan harta orang lain an bayaran tambahan.
hazardbahaya/ mudarat/ marabahaya/ hazardUmumTiadaSumber bahaya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan, dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya.
physical damagekerosakan fizikalinsuransTiadaKerosakan sebenar ke atas harta yang diinsuranskan.
underground property damagekerosakan harta bawah tanahinsuransTiadaKerosakan ke atas dawai, saluran air atau paip saluran najis dan lain-lain di bawah permukaan tanah akibat kegunaan alat mekanikal bagi tujuan meratakan tanah, mengubin jalan, menggali, menggerudi, mengisi, mengorek dan menanam cerucuk kayu, besi atau konkrit ke dalam tanah sebagai asas bangunan.
core damage (CD)kerosakan terasSains NuklearKejuruteraan ReaktorKerosakan pada teras reaktor nuklear.
trouble diagnosisdiagnosis kerosakanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKerja mengesan punca kerosakan menggunakan kaedah yang sesuai.
core damage frequency (CDF)kekerapan kerosakan terasSains NuklearKejuruteraan ReaktorNilai kebarangkalian kerosakan teras.
property damage liability insuranceinsurans liabiliti kerosakan hartainsuransTiadaPerlindungan terhadap liabiliti kerosakan harta pihak lain, termasuk kehilangan penggunaan harta tersebut. Perlindungan ini berbeza dengan liabiliti kecederaan anggota badan pihak lain. Dalam kebanyakan hal, perlindungan ini diunderait bersama dengan perlindungan liabiliti kecederaan anggota badan.
property damege insuranceinsurans kerosakan hartainsuransTiadaInsurans yang melindungi insured terhadap tuntutan pihak ketiga atas kerosakan atau kemusnahan harta pihak tersebut oleh insured.
12345678910...

Kembali ke atas