Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa/.sa.ma.an] | کسقساماءن

Definisi : perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa/.sa.ma.an] | کسقساماءن

Definisi : hal atau keadaan saksama; ketelitian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vertical equityekuiti menegakEkonomiTiadaPrinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak.
horizontal equityekuiti mendatarEkonomiTiadaPrinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti mendatar, pembayar cukai yang mempunyai sama tingkat pendapatan atau kekayaan hendaklah membayar cukai yang sama, walaupun punca pendapatan mereka berbeza.

Kembali ke atas