Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.dia.an] | کسدياءن

Definisi : perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka menampakkan ~ utk ber-juang demi bangsa dan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
volitionkerelaanPerubatanPsikiatriKesediaan untuk mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan demi kebaikan diri pesakit itu sendiri.
suspension of disbeliefpenggantungan ketidakpercayaanKesusasteraanTiadaBentuk empati khalayak terhadap pengarang dan karyanya. Bentuk tindak balas ini dicetuskan melalui dua proses. Pertama, kesediaan khalayak untuk mengetepikan hakikat bahawa dunia fiksyen yang ditawarkan pengarang ialah sebuah fiksyen, dan seterusnya menganggap dunia tersebut adalah benar. Kedua, kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam karya tersebut yang biasanya dianggap mustahil, tetapi benar-benar berlaku. Konsep ini dikemukakan oleh Coleridge dalam karyanya Biographia Literaria (1817).
differentiated instructionpengajaran terbezaTeknologi Maklumate-PembelajaranStrategi pengajaran yang mengambil kira keperluan dan perbezaan setiap individu yang merangkumi gaya belajar, tahap kesediaan dan kebolehan seseorang pelajar menguasai isi kandungan pelajaran. Pengajaran terbeza berlaku apabila guru menggunakan strategi, bahan bantu mengajar dan aktiviti yang khusus kepada setiap pelajar supaya mereka dapat mencapai tahap penguasaan yang ditentukan mengikut kebolehan masing-masing.
security test and evaluationujian dan penilaian keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPemeriksaan dan analisis ke atas ciri keselamatan yang digunakan untuk melindungi suatu sistem maklumat terautomasi. Pemeriksaan ini dilakukan dalam persekitaran penggunaan sebenar untuk menentukan keupayaan dan kesediaan keselamatan sebenar sistem maklumat tersebut.

Kembali ke atas