Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.li.tian] | کتليتين

Definisi : perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.li.tian] | کتليتين

Definisi : keadaan atau hal teliti; kecermatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concisepadatKesusasteraanPuisiKetelitian dan keterampilan dalam pemilihan kata yang sesuai dan tepat dalam pembentukan baris. Contohnya, puisi 'Harapan' karya Latiff Mohidin. setiap malam kau rebahkan kau rebahkan setiap sayap mimpi ke atapnya begitu berat.
personal errorralat peribadiKimiaKimia AnalisisRalat yang terhasil kecuaian, kurang pemerhatian atau ketelitian penyelidik. Contohnya termasuklah penyalahgunaan teknik, buta warna dan kecenderungan membaca skala yang salah semata-mata untuk mendapatkan bacaan yang hampir sebelumnya.
neo-classicismneoklasismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme.

Kembali ke atas