Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parliamentary systemsistem berparlimenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan demokrasi yang berasaskan kepada kerajaan parlimen Westminster, Britain. Sistem ini memisahkan ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif), manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik dari parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Negara Thai dan New Zealand.

head of governmentketua kerajaanSains PolitikTiadaTiada
head of governmentketua kerajaanSejarahTiadaTiada
head of governmentketua kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
head of foreign governmentketua kerajaan asingUndang-undangTiadaTiada
ministerial reshufflerombakan kementerianPentadbiranPentadbiran Awam

Penyusunan semula kementerian dan kabinet yang dilakukan oleh ketua kerajaan untuk tujuan tertentu bagi menyuntik semangat kerja yang lebih kukuh, pemantapan pentadbiran negara dan bagi mengisi kekosongan portfolio. Rombakan ini bukan sahaja melibatkan pelantikan ahli yang baru tetapi juga pembentukan kementerian atau dasar baru yang dipercayai boleh memantapkan lagi pentadbiran negara. Dalam konteks negara Malaysia Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam rombakan kabinet dan kementerian.

ratificationratifikasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCara sesebuah negara menzahirkan persetujuan untuk terikat dengan sesuatu perjanjian. Sebarang kemungkiran oleh negara tersebut boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa. Kuasa meratifikasi berada di tangan ketua negara, ketua kerajaan dan menteri luar negeri. Walau bagaimanapun, kuasa meratifikasi tertakluk kepada perlembagaan sesebuah negara. Terdapat negara yang mensyaratkan keizinan daripada badan perundangan sebelum proses ratifikasi dilakukan.
  political leadershipkepimpinan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Gaya kepimpinan seseorang ketua dalam bidang politik. Ia boleh berupa Ketua Kerajaan, Presiden Parti, NGO ataupun pihak pembangkang dan kedudukannya adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi orang ramai. Faktor-faktor latar belakang, ideologi, pemikiran, pengalaman, pendidikan dan karisma sangat penting dalam membentuk gaya kepimpinan politik. Sifat kepimpinan politik boleh menjadi autoritarian, demokratik, murah hati, zalim, mahupun bertolak ansur. Ia akan mempengaruhi hubungan kerajaannya dengan negara lain, kesepaduan dalam kerajaan, parti politik dan sebagainya.

insurance commissionerpesuruhjaya insuransPentadbiran PerniagaanTiadaKetua agensi kerajaan yang mengawasi industri insurans sesebuah negara. Jawatan ini juga digelar Ketua Pengarah Insurans atau Penguasa Insurans.
insurance superintendentpenguasa insuransPentadbiran PerniagaanTiadaKetua agensi kerajaan yang mengawasi industri insurans sesebuah negara. Jawatan ini juga digelar Ketua Pengarah Insurans atau Pesuruhjaya Insurans.
123

Kembali ke atas