Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Chief MinisterMenteri Besar atau Ketua MenteriUndang-undangTiadaKetua eksekutif negeri yang dilantik atas keyakinan majoriti Dewan Undangan Negeri.
parliamentary systemsistem berparlimenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan demokrasi yang berasaskan kepada kerajaan parlimen Westminster, Britain. Sistem ini memisahkan ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif), manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik dari parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Negara Thai dan New Zealand.

ratificationratifikasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCara sesebuah negara menzahirkan persetujuan untuk terikat dengan sesuatu perjanjian. Sebarang kemungkiran oleh negara tersebut boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa. Kuasa meratifikasi berada di tangan ketua negara, ketua kerajaan dan menteri luar negeri. Walau bagaimanapun, kuasa meratifikasi tertakluk kepada perlembagaan sesebuah negara. Terdapat negara yang mensyaratkan keizinan daripada badan perundangan sebelum proses ratifikasi dilakukan.
remission of taxhapus cukaiPentadbiran PerniagaanTiadaCukai yang dihapuskan atas perintah Menteri Kewangan atau Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
political executiveeksekutif politikPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang memiliki kuasa merencana, melaksana dan menguatkuasa keputusan serta dasar negara. Badan ini dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan yang bertanggungjawab mengetuai potfolio atau kementerian tertentu. Kedudukannya berbeza mengikut negara sama ada berperanan sebagai raja, presiden ataupun perdana menteri dan kabinet. Dalam konteks Malaysia, eksekutif politik terdiri daripada Perdana Menteri dan kabinet. Kebiasaannya, ahli kabinet akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dipengerusikan oleh perdana menteri. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak ketua negara atas nasihat perdana menteri.

Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
Cabinet SecretarySetiausaha KabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan mesyuarat kabinet. Beliau merupakan pegawai pentadbiran utama di Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Kabinet adalah juga Ketua Setiausaha Negara. Tugas-tugas setiausaha ini ialah menyediakan agenda dan minit mesyuarat kabinet, menyampaikan keputusan kabinet kepada badan pelaksana kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi dan perbadanan awam. Setiausaha Kabinet juga merupakan penasihat utama kepada kabinet dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.

wilayah ‘ammahkuasa pengawasan umumPerniagaan IslamTiadaKuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus hal yang berkaitan dengan kehakiman, ketenteraan, sistem perbankan, kementerian, cukai, zakat, wakaf atau haji dan sebagainya. Pihak yang memiliki kuasa dan bertugas dengan sesebuah institusi dinamakan sebagai wali am. Contohnya, hakim, pentadbir wakaf, menteri dan ketua pengarah. Dalam kes pengawasan harta kanak-kanak, apabila tiada kuasa pengawasan khas daripada bapa, kuasa tersebut akan berpindah kepada hakim yang berperanan sebagai pemegang kuasa pengawasan umum.
ministerial reshufflerombakan kementerianPentadbiranPentadbiran Awam

Penyusunan semula kementerian dan kabinet yang dilakukan oleh ketua kerajaan untuk tujuan tertentu bagi menyuntik semangat kerja yang lebih kukuh, pemantapan pentadbiran negara dan bagi mengisi kekosongan portfolio. Rombakan ini bukan sahaja melibatkan pelantikan ahli yang baru tetapi juga pembentukan kementerian atau dasar baru yang dipercayai boleh memantapkan lagi pentadbiran negara. Dalam konteks negara Malaysia Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam rombakan kabinet dan kementerian.

central agencyagensi pusatPentadbiranPentadbiran Awam

Badan bertindak kerajaan di peringkat persekutuan yang bertanggungjawab menggubal dasar pengurusan kewangan dan membantu membangunkan ekonomi negara. Badan ini juga terlibat dalam pengurusan sumber manusia sektor awam di samping memantau dan mengawalselia pelaksanaan dasar yang berkaitan. Contoh agensi pusat ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Kesemua agensi pusat ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

12

Kembali ke atas