Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.li.ti] | کواليتي

Definisi : darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu: barang-barang itu baik ~nya; berkualiti mempunyai kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.li.ti] | کواليتي

Definisi : 1 peringkat kebaikan atau nilai sesuatu, biasanya tinggi: tahap kecemerlangan (yg tinggi): Kita mestilah memilih bahan bacaan yg ada ~. Kehidupan yg mementingkan ~. 2 keadaan sesuatu benda; buruk baik sesuatu: Para pelanggan mempersoalkan ~ barangan tsb. berkualiti baik kualitinya; tinggi nilainya: Dia enggan membeli barang-barang yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kualiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan mutu, nilai, taraf, standard;,
Kata Terbitan : berkualiti,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semen qualitykualiti semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenunjuk aras prestasi haiwan jantan berpandukan semen yang dihasilkannya. Kualiti semen diukur berdasarkan kuantiti, kualiti dan tahap kejayaan persenyawaan. Penurunan kualiti semen yang melampau merupakan faktor utama kemandulan haiwan jantan.
in-process quality control (IPQC)kawalan kualiti dalam proses (IPQC)HerbaPeraturan dan PemasaranPemeriksaan kualiti semasa pengeluaran untuk memantau dan menyesuaikan proses (jika perlu) bagi memastikan produk mematuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan. Tujuan kawalan kualiti dalam proses adalah untuk menghasilkan produk akhir yang sempurna dengan mengelakkan atau menghindarkan kesilapan pada setiap peringkat dalam proses pengeluaran. Kawalan persekitaran atau peralatan juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kawalan kualiti dalam proses.
quality assurancejaminan kualitiHerbaPeraturan dan PemasaranSistem kualiti yang melibatkan semua aktiviti dalam suatu organisasi yang dirangka secara terancang dan sistematik untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan. Jaminan kualiti produk herba merangkumi individu yang kompeten serta premis, peralatan dan kemudahan yang bersesuaian dan mencukupi.
semen examinationpemeriksaan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses penilaian semen selepas dikumpulkan. Pemeriksaan semen dapat menentukan kualiti semen. Contoh kualiti semen yang diperiksa adalah seperti isi padu, warna, kemotilan, keabnormalan, nisbah hidup kepada mati dan kepekatan.
herbal quality controlkawalan kualiti herbaHerbaTiadaProses penentuan bahan mentah dan sediaan herba mematuhi piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan bagi menjamin kesesuaian penggunaannya. Kawalan kualiti herba merupakan sebahagian daripada jaminan kualiti herba yang melibatkan pelbagai jenis analisis fizikal, kimia dan biologi. Contohnya, analisis makroskopi, mikroskopi, ciri deria, warna, spektroskopi, kromatografi, logam berat, mikrob, pestisid, gravimetri, assai dan sebagainya.
sperm qualitykualiti spermaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLihat kualiti semen.
quality assurancekawalan kualitiKejururawatanTiadaAktiviti pengawalan kualiti yang menilai, memantau, atau mengawal atur perkhidmatan piawai yang memenuhi kehendak pelanggan.
herbal quality assurancejaminan kualiti herbaHerbaTiadaProgram pengauditan bersistem yang menggariskan tanggungjawab suatu organisasi untuk menentukan sistem, kemudahan dan prosedur bertulis adalah lengkap dan dipatuhi bagi menjamin produk dalam kawalan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pengilangan produk herba, jaminan kualiti melibatkan aktiviti berkaitan dengan kakitangan, premis pengilangan, proses pengilangan serta pengedaran produk untuk jualan. Jaminan kualiti herba berguna untuk menjamin kualiti produk dan memberikan keyakinan kepada pengguna, di samping mematuhi keperluan peraturan.
quality-related returnspulangan berkaitan kualitiHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang mengalami kecacatan kualiti dan dipulangkan semula kepada pemegang pendaftaran.
finished product quality control (FPQC)kawalan kualiti produk akhir (FPQC)HerbaPeraturan dan PemasaranPemeriksaan kualiti untuk memastikan setiap kelompok produk akhir mematuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan menggunakan prosedur analisis yang telah disahkan.
12345678910...

Kembali ke atas